awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahadhir Aziz dilantik sebagai CEO baharu MDEC

Bernama
Bernama
01/09/2021
03:40 MYT
Mahadhir Aziz dilantik sebagai CEO baharu MDEC
Mahadhir berkata, beliau sedia memperkukuh asas MDEC, menjayakan misi 'Reinvent' dan bekerjasama dengan pasukan agensi itu yang berpengalaman dalam usaha merealisasikan MyDIGITAL. - Foto MDEC
KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan pelantikan Mahadhir Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa pada 1 Sept, 2021.
Dalam kenyataannya, MDEC berkata Mahadhir mempunyai rekod cemerlang melebihi 20 tahun dalam pelbagai industri seperti perkhidmatan kewangan, tenaga (minyak dan gas), teknologi maklumat dan media.
"Saya yakin beliau akan menerajui MDEC untuk memacu ekonomi digital negara selari dengan aspirasi bagi memastikan kita dapat terus menyediakan peluang digital yang adil dan saksama kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan," kata Pengerusi MDEC Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.
Sementara itu, ketika mengulas pelantikan beliau, Mahadhir berkongsi kesediaannya untuk memperkukuh asas MDEC, menjayakan misi 'Reinvent' (Cipta Semula) dan bekerjasama dengan pasukan agensi itu yang berpengalaman dalam usaha merealisasikan Rangka Kerja Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
"Fokus kini tertumpu ke arah pelaksanaan, pengembangan pelaburan dan penyampaian manfaat ekonomi digital kepada Rakyat. Objektifnya sangat jelas -- untuk menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju digital dan Nadi Digital ASEAN," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MDEC
#Rais Hussin Mohamed Ariff
#mahadhir aziz
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan