Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukkan RM17 juta untuk menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.
Peruntukan itu bertujuan membantu aktiviti pemasaran destinasi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dan syarikat penerbangan untuk mempromosikan lagi laluan baharu, termasuk Wuhan, Guangzhou, Hangzhou, Shenzen, Taipei dan Singapura, menurut pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan pada Isnin.
MAHB berkata, pada separuh pertama 2018, KKIA mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang pada tujuh peratus berbanding tempoh yang sama 2017.
"Pertumbuhan yang memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan pergerakan trafik penumpang antarabangsa, sekali gus menunjukkan Sabah merekodkan jumlah pelancong yang tinggi sejak beberapa tahun ini," menurut MAHB.
Pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016, iaitu kenaikan 27 peratus.
Tahun lepas, angka itu meningkat 22 peratus kepada 2.5 juta.
Sementara itu, MAHB berkata langkah untuk menggabungkan semua operasi lapangan terbang dan penerbangan di bawah satu bumbung di Terminal 1 (T1) KKIA telah memberi manfaat yang amat besar kepada pelancongan negara, khususnya bagi Sabah.
Selain kemudahan yang lebih baik, T1 juga memiliki kelebihan dari segi kesalinghubungan lebih luas dan menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi untuk syarikat penerbangan.
"Enam syarikat penerbangan antarabangsa baharu telah mula beroperasi di KKIA dengan membawa pelancong dari Korea Selatan, China, Taiwan dan Jepun," menurut MAHB, dan menambah, setakat ini 25 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 23 2018
Peruntukan itu bertujuan membantu aktiviti pemasaran destinasi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dan syarikat penerbangan untuk mempromosikan lagi laluan baharu. - kotakinabaluairport.com
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Gangguan elektrik di KKIA disebabkan masalah teknikal bangunan - SESB
Idris Mohd Noor berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik daripada pencawang milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
"Mengapa tiada bekalan air di lapangan terbang?" - Kerajaan Sabah siasat insiden di KKIA
Pelan kontigensi perlu dibuat bagi mengelakkan isu gangguan bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berulang.
Sabah sambut penerbangan terus dari China pertama sejak pandemik
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah (STB), pesawat AirAsia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 5.30 pagi tadi.
Pacuan empat roda, lori langgar kereta api dekat KKIA
Dua buah kenderaan dilanggar oleh sebuah kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS).
KKIA tidak lagi mampu tampung penumpang udara pada masa depan
KKIA mempunyai kapasiti 9 juta penumpang setahun dan jumlah penumpang udara pada 2019 melalui lapangan terbang itu adalah 9.4 juta.
Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.
Pendapatan pemandu teksi KKIA terjejas
Dia mendakwa hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM450 sahaja setiap bulan berbanding sebelum ini.
Tak puas hati potong barisan, teksi rempuh tiga kereta di KKIA
Paparan video itu antara lain menunjukkan tindakan lelaki berbaju jingga memandu kereta jenis Proton Iswara merempuh kenderaan lain.
Bekas pegawai MAHB didakwa lima pertuduhan rasuah melibatkan RM41,000
Seorang bekas pegawai eksekutif MAHB mengaku tidak bersalah kepada lima pertuduhan rasuah melibatkan keseluruhan wang berjumlah RM41,000.