KUALA LUMPUR: Malakoff Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM109.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding keuntungan bersih RM66.54 juta setahun lepas terutamanya disebabkan oleh impak margin bahan api.
Syarikat itu menanggung margin bahan api negatif yang besar masing-masing sebanyak RM149.4 juta dan RM33.0 juta untuk loji arang batu Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar itu berkata hasilnya susut 32.2 peratus kepada RM2.15 bilion daripada RM3.18 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
"Prestasi hasil yang merosot itu disebabkan terutamanya oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah yang direkodkan daripada TBP dan TBE, kesan daripada penurunan harga arang batu sebenar (ACP) serta ketiadaan sumbangan hasil daripada GB3 Sdn Bhd berikutan tamat tempoh perjanjian pembelian tenaga (PPA)," katanya.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, Malakoff Corp mencatatkan kerugian bersih RM527.24 juta daripada untung bersih RM213.16 juta sebelumnya.
Hasil susut kepada RM6.80 bilion berbanding RM7.38 bilion sebelumnya, diheret oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah yang direkodkan daripada loji arang batu TBP.
Mengenai prospek, Malakoff Corp berkata kumpulan itu menjangkakan prestasi keseluruhan negatif untuk tahun kewangan 2023 dengan mengambil kira kesan daripada harga arang batu global.
"Walau bagaimanapun, kumpulan itu akan terus mengoptimumkan kecekapan operasi kilangnya untuk mengurangkan kesan buruk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, Malakoff Corp mencatatkan kerugian bersih RM527.24 juta daripada untung bersih RM213.16 juta sebelumnya. - Foto Malakoff Corp
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Malakoff Corp catat kerugian bersih suku ketiga RM109.42 juta
Malakoff Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM109.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding keuntungan bersih RM66.54 juta setahun lepas.