awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ada banyak pilihan dalam rundingan tarif dengan AS - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
23/04/2025
13:37 MYT
Malaysia ada banyak pilihan dalam rundingan tarif dengan AS - Penganalisis
Penganalisis berpandangan negara mempunyai banyak pilihan perdagangan untuk mendesak Amerika Syarikat bersikap rasional dalam rundingan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil sikap berani dalam rundingan mengenai tarif dengan Amerika Syarikat.

Ringkasan AI
  • Keberanian dalam Rundingan: Malaysia perlu mengambil sikap berani dalam rundingan tarif dengan AS, memanfaatkan pelabur-pelabur AS di Malaysia sebagai alat tawar-menawar.Kedudukan Strategik ASEAN: Malaysia boleh menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN untuk menekan AS, memanfaatkan kepentingan geopolitik dan ekonomi ASEAN.Delegasi Malaysia di Washington D.C.: Delegasi Malaysia, yang diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sedang berunding dengan pihak AS mengenai isu tarif balas yang dikenakan terhadap Malaysia.

Penganalisis berpandangan, negara mempunyai banyak pilihan perdagangan dan pelaburan yang boleh dimanfaatkan untuk mendesak Amerika Syarikat (AS) bersikap rasional dalam transaksi dengan Malaysia.
Penyelidik dan Penasihat Dasar Kerajaan, Amirul Mukminin berkata, Malaysia boleh memanfaatkan keberadaan pelabur-pelabur AS yang ada di Malaysia sebagai alat tawar-menawar.
“Saya fikir dengan menggunakan pelabur-pelabur yang baru masuk ke Malaysia sebagai pemberat (dalam rundingan mengenai tarif) tentunya akan ada keuntungan kepada kita.
“Kita boleh nyatakan bahawa Malaysia sedang menjaga kepentingan ekonomi bersama; Malaysia dan AS. Tentulah terlalu jauh untuk dibandingkan antara ekonomi Malaysia dan AS, tetapi kesalingbergantungan antara dua negara sangat akrab,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual sama, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata Malaysia juga boleh menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN dalam rundingan tersebut.
"ASEAN merupakan blok ekonomi ketiga terbesar Asia dan kelima terbesar di dunia. Dari segi geopolitik, ASEAN sangat penting sehingga tidak ada negara yang mahu berhenti berdagang dengan kita.
“Walaupun kita banyak berdagang dengan China sejak 15 tahun kebelakangan, tetapi pelaburan terbesar masih datang dari Amerika Syarikat. Jadi, ini meletakkan Asita Tenggara sebagai rantau yang sangat penting.
“Jika ada entiti yang mahu menghentikan perdagangan dan pelaburan dengan Asia Tenggara, mereka akan kehilangan pengaruh geopolitik yang strategik,” ujarnya.
Pelbagai negara dilaporkan sedang berunding dengan White House mengenai ketetapan tarif yang di umumkan oleh Presiden Donald Trump.
Dalam pada itu, delegasi Malaysia yang di ketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kini berada di Washington D.C. bagi mengadakan pertemuan bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer serta beberapa pihak berkepentingan dan pemain industri untuk membincangkan isu tarif balas yang dikenakan terhadap Malaysia.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#White House
#Donald Trump
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan