awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines dapat pensijilan IOSA

Bernama
Bernama
04/10/2017
23:24 MYT
Malaysia Airlines dapat pensijilan IOSA
Program IOSA IATA diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membabitkan sistem penilaian yang direka untuk menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan. - Gambar fail
Malaysia Airlines telah menerima sijil Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata syarikat penerbangan itu telah berjaya menjalani pemeriksaan rapi oleh pihak juruaudit keselamatan pertubuhan dunia berkenaan.
"Kami sudah mendapat pensijilan IOSA sejak 2005 dan mengekalkan tahap keselamatan ini sebagai teras kewujudan syarikat ini.
"Ia merupakan perjalanan tanpa henti dengan keazaman penuh bagi memastikan keselamatan selain mewujudkan persekitaran operasi bagi pelanggan, kakitangan dan pihak yang berkepentingan," katanya.
Program IOSA IATA diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membabitkan sistem penilaian yang direka untuk menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan sehinggakan turut dijadikan penanda aras pengurusan keselamatan penerbangan global.
Ia membabitkan aspek audit yang rapi dan penelitian terperinci termasuk operasi penerbangan, keselamatan pengoperasian, operasi kargo, operasi kabin dan kargo, kejuruteraan dan penyenggaraan pesawat, kawalan operasi dan pelepasan penerbangan serta organisasi korporat dan pengurusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Audit Keselamatan Operasi
#IATA
#IOSA
#Malaysia Airlines
#Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
#peter bellew
#sijil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan