PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengunjurkan kembali berkembang kukuh dalam perniagaannya dan operasi akan berjalan lancar serta tidak menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja selepas rentas negeri dibenarkan yang berkuat kuasa pada 11 Oktober lepas.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata MAB bersolidariti dengan mengekalkan pekerja bagi melakukan persediaan berikutan perjalanan udara kembali beroperasi walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19.
"Kami sudah jangka akan menghadapi kekurangan tenaga kerja dan sentiasa bersedia untuk permintaan terhadap perkhidmatan kami kembali semula... kami tidak boleh melatih pekerja dalam waktu yang singkat, ia memerlukan masa.
"Ketika pandemik kebanyakan syarikat penerbangan tidak mahu mengekalkan pekerja. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kami gembira dapat membantu pekerja kami," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MAB dan SEG International Group Sdn Bhd (SEGi).
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SEGi, Stella Lau.
Mengimbas kembali, ribuan pekerja industri penerbangan global diberhentikan kerana masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 manakala ada juga yang memilih untuk berhenti kerja.
Syarikat penerbangan komersial terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat ketika ini sedang bertungkus lumus menghadapi kenaikan jumlah trafik penumpang udara di sebalik kekurangan juruterbang.
MAB kini menggaji kira-kira 11,000 pekerja termasuk 1,049 juruterbang dan 2,034 kru kabin.
Mengenai MoU, Lau berkata ia akan melengkapkan strategi perniagaan MAB dan SEGi untuk membangunkan bakat terbaik di peringkat global.
"Sebagai syarikat penerbangan nasional, peranan kami lebih daripada sekadar memberikan perkhidmatan tetapi turut mengiktiraf untuk memberi peluang kepada bakat (pekerja berkemahiran) masa depan dan membina saluran kepada penginovasi berkhidmat dengan industri penerbangan atau pelancongan," katanya.
MoU berkenaan memfokuskan inisiatif yang luas termasuk program latihan amali dan penempatan pelajar, mengadakan lawatan, menganjurkan acara bersama, pembangunan agenda akademik campuran, aktiviti penyelidikan bersama serta aktiviti pemasaran dan promosi.
Pelajar SEGi akan meraih keuntungan daripada program pengembaraan pelajar digital syarikat penerbangan itu antaranya ialah MHexplorer seperti pemberian diskaum penerbangan sebanyak 30 peratus untuk semua destinasi, bagasi daftar masuk sebanyak 10 kg dan ganjaran mata Enrich untuk yuran pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Malaysia Airlines Bhd kini menggaji kira-kira 11,000 pekerja termasuk 1,049 juruterbang dan 2,034 kru kabin. - Gambar fail
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.