KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAB), dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd) sebagai Syarikat Penerbangan Komersial Rasmi untuk memanfaatkan komuniti besar kelab itu, melebihi 1.1 bilion peminat dan pengikut di seluruh dunia.
Pengarah Urusan kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail berkata kerjasama ini menyatukan dua ikon global, iaitu Malaysia Airlines dan Man Utd, dan akan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam kalangan peminat dan pelanggannya.
"Berada seiring dengan kelab yang diiktiraf di peringkat global seperti United meletakkan Malaysia Airlines di hadapan audiens yang ramai di seluruh dunia, mendorong pengiktirafan jenama, terutama di Eropah dan Asia Tenggara yang mempunyai banyak peminat United," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, Izham berkata MAB menunggu peluang yang mengujakan susulan kerjasama ini dan keceriaan yang akan diberikan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Alliances and Partnerships Manchester United, Victoria Timpson, yang turut berucap pada majlis itu berkata Manchester United telah menjalin hubungan baik dan sudah lama terjalin dengan Malaysia, dengan sokongan yang penuh bersemangat dari seluruh negara.
"Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia, dengan cawangan di Kuala Lumpur mempunyai antara komuniti penyokong terbesar kelab itu, mencerminkan minat negara terhadap United," katanya.
Beliau berkata kelab itu berbesar hati untuk menyambuk baik kehadiran MAB dalam keluarga rakan kongsinya dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi dengan peminat di seluruh dunia mengenai perkhidmatan syarikat penerbangan itu yang dipercayai, mesra dan suka menerima tetamu.
Mengulas selanjutnya, Izham berkata perkongsian ini berperanan sebagai pengupaya penting dalam mencapai aspirasi Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG, membolehkan untuk meneroka kerjasama komersial melebihi had perkongsian syarikat penerbangan tradisional.
"Kerjasama strategik ini berperanan sebagai laluan untuk kami ke peringkat global, membolehkan kami meluaskan kehadiran kepada pelbagai audiens di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata melalui perkongsian ini, MAG bersedia untuk memperluas layanan baik Malaysia yang amat terkenal kepada komuniti besar Man Utd yang melebihi 1.1 bilion peminat dan pengikut di seluruh dunia, termasuk 577 juta peminat di pasaran utama Malaysia Airlines.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Perkongsian itu berperanan sebagai pengupaya penting dalam mencapai aspirasi Perniagaan Jangka Panjang 2.0 MAG. - Gambar/ X Malaysia Airlines
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.