Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merekodkan keuntungan pada Februari, yang merupakan keputusan positif pertamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua pegawai eksekutifnya, Christoph Mueller memaklumkan syarikat itu optimis untuk kembali mencatat keuntungan menjelang 2018.
Namun demikian, Mueller menyifatkan syarikat penerbangan itu masih mempunyai banyak masalah.
Bagaimanapun, keuntungan bulanan yang dicatatkan ini adalah satu petanda mereka berada di landasan yang betul.
Mueller berkata antara masalah utama syarikat itu adalah kos operasi yang tinggi dan sistem teknologi maklumat yang lama.
“Sasaran kita adalah untuk pulangan modal pada 2018.
“Bagi sebuah syarikat yang rugi RM2 bilion ($511 juta) pada tahun lepas, jika kami mampu membawa pulangan modal walaupun untuk satu bulan sahaja, ia bermakna jurang kewangan antara pendapatan dan kos telah dikurangkan dengan ketara.
“Itu adalah berita baik yang memberitahu kita bahawa kita berada di trajektori yang betul, " katanya dalam temu ramah eksklusif bersama The Associated Press.
Tambahnya, syarikat itu memberi tumpuan kepada Asia, pasaran yang paling kuat untuk perjalanan udara antarabangsa, supaya ia boleh meninggalkan ‘impak yang kuat’ di rantau itu.
Tahun 2014 menyaksikan prestasi MAS merosok teruk susulan bencana berganda, kehilangan pesawat MH370 dan insiden MH17 ditembak jatuh, mencalar reputasi syarikat penerbangan itu.
Mueller dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi melaksanakan pelan pembaharuan bernilai $1.5 billion.
Pelan pemulihan yang menyaksikan penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru, turut menyaksikan pemberhentian 6,000 kakitangannya.
Astro Awani
Wed Apr 06 2016
MUELLER: Sasaran kita adalah untuk pulangan modal pada 2018. -Gambar fail
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu.
Peter Bellew dilantik CEO baharu Malaysia Airlines
Pelantikan diluluskan pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, Khazanah Nasional Berhad dan berkuat kuasa 1 Julai 2016.
Beri peluang individu tempatan terajui Malaysia Airlines - Bekas CEO
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan agar jawatan yang akan dikosongkan Mueller dapat digantikan dengan individu tempatan.
Christoph Mueller letak jawatan CEO Malaysia Airlines
Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016.
Malaysia Airlines rekod keuntungan pada Februari, kata Mueller
Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merekodkan keuntungan pada Februari, yang merupakan keputusan positif pertamanya sejak beberapa tahun kebelakangan.
MAS dan MAB adakan upacara tertutup memperingati MH370
Malaysia Airlines Berhad bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengadakan upacara tertutup memperingati MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malaysia Airlines kembali mengorak langkah pada 2016
Malaysia Airlines kini lebih bersedia berbanding sebelumnya untuk menjadi pemain utama membawa pelancong ke sini serta menghubungkan ke rantau ini.
Malaysia Airlines perlu reformasi budaya bekerja - Mueller
Sebuah peralihan struktur kerja sedang berlaku di dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB).
MAB, ALC memeterai perjanjian pajakan untuk empat Airbus A350s
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Air Lease Corporation (ALC) hari ini menandatangani perjanjian pajakan jangka panjang untuk empat pesawat Airbus A350-900s yang baharu.
Keyakinan tinggi terhadap syarikat baharu MAS
Pekerja yang akan menerajui MAB yakin syarikat penerbangan negara ini boleh meraih keuntungan pada tahun 2018 seperti yang diunjurkan.