awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tambah frekuensi penerbangan untuk destinasi domestik menjelang PRU15

Bernama
Bernama
12/11/2022
05:34 MYT
Malaysia Airlines tambah frekuensi penerbangan untuk destinasi domestik menjelang PRU15
Malaysia Airlines menambah penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf kepada 24 daripada 16 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat A330. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menambah frekuensi/kekerapan penerbangan dan menggunakan pesawat A330 berbadan lebar di beberapa laluan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memastikan perjalanan yang lancar dan boleh dipercayai untuk pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata ia akan menambah penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf kepada 24 daripada 16 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat A330.
Mereka yang pulang pada 19 November juga akan mendapat diskaun 20 peratus sehala, tambang termasuk semua bermula pada RM104 melalui kempen "Jom Balik Mengundi" syarikat penerbangan itu untuk tempahan yang dibuat sebelum 19 November, bagi perjalanan dari 11 November hingga 27 November 2022.
Diskaun 20 peratus terpakai kepada semua kategori tambang, termasuk Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basic dan Flex untuk Kelas Perniagaan. Tempahan boleh dibuat di www.malaysiairlines.com.
Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan pelajar berumur antara 18 dan 26 tahun untuk mendaftar sebagai ahli MHexplorer untuk menikmati faedah perjalanan sepanjang tahun, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun tambahan bagasi sebanyak 10kg, satu pertukaran tarikh percuma dan lain-lain faedah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd Kapten Izham Ismail berkata tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding purata hariannya, dengan hampir 70,000 tempahan penumpang sejak pelancaran "Jom Balik Mengundi" pada 20 Okt.
Syarikat penerbangan itu telah meningkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus ke destinasi domestik utama di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#penerbangan domestik
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan