Malaysia, sebagai pengeluar utama minyak sawit, akan berusaha untuk memujuk Perancis agar tidak menaikkan cukai import bagi minyak sawit, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.
"Kami terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi dengan ahli parlimen Perancis. Malaysia bimbang kerana cadangan itu adalah untuk menaikkan cukai import bagi minyak sawit sahaja dan bukan minyak sayuran lain.
"Cukai itu perlu adil dan dikenakan juga ke atas minyak sayuran lain," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Mah berkata semakan semula ke atas cukai minyak sayuran dijangka dibincangkan di Parlimen Perancis pada November.
Beliau yang baru pulang daripada lawatan kerja ke Belgium, Perancis dan United Kingdom berkata cadangan cukai itu adalah satu diskriminisi dan sekiranya Perancis menaikkan cukai tersebut, Kesatuan Eropah juga akan turut berbuat demikian.
"Minyak sawit adalah tanaman paling produktif dan membentuk komponen penting dalam rangkaian bekalan makanan," katanya.
Mah mempertahankan bahawa minyak sawit Malaysia adalah minyak yang baik dan sihat yang tidak mengandungi makanan diubahsuai secara genetik dan terbukti dari segi saintifik mempunyai ciri-ciri yang sama seperti minyak zaitun.
Pemain industri menyatakan potensi krisis sekarang yang bakal dihadapi industri adalah penggunaan minyak sawit bagi tenaga dengan serangan sekarang tertumpu kepada kelestarian.
Penanaman sawit di Malaysia sentiasa dipersalahkan kerana penebangan hutan meluas yang memusnahkan biodiversiti, menjejaskan ekosistem, melepaskan gas rumah hijau dan karbon yang menyumbang kepada perubahan iklim dan isu pekerja yang bekerja dalam suasana yang berat sebelah.
Bagi pertubuhan bukan kerajaan, penebangan hutan di negara membangun perlu dihentikan manakala kelestarian sebenarnya dikaitkan dengan harga minyak sawit.
Persepsi pasaran yang melabelkan minyak sawit sebagai 'tidak lestari' akan memberi implikasi ekonomi iaitu diskaun harga tinggi minyak sawit berbanding minyak sayuran lain.
Kunjungan Mah itu yang bermula dari 5 hingga 10 Sept, bertujuan untuk mempromosikan minyak sawit, getah dan kayu dan bagi menangani kebimbangan cukai makanan Perancis dan isu-isu keselamatan makanan berkaitan dengan minyak sawit serta isu persijilan kayu di Belanda.
Minyak sawit menyumbang kira-kira €167 juta (RM760 juta) kepada hasil cukai kepada Perancis.
Bernama
Tue Sep 13 2016
Minyak sawit adalah tanaman paling produktif dan membentuk komponen penting dalam rangkaian bekalan makanan. - Gambar fail
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
AP untuk import beras masih lagi berkuat kuasa - MAFI
Empat jenis komoditi agromakanan tidak lagi dikenakan AP ialah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.
MAICCI mahu isu peniaga asing di karnival diselesaikan
Presidennya Datuk N. Gobalakrishnan berkata isu yang telah berlanjutan sejak 10 tahun lalu itu berleluasa tanpa sebarang tindakan.
Trump ancam kenakan cukai atas kereta Eropah
Sebelum ini, EU berkata pihaknya akan bertindak balas terhadap eksport dari Amerika sekiranya Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya mengenakan cukai import ke atas produk keluli dan aluminium.
Malaysia akan cuba pujuk Perancis tidak naikkan cukai import minyak sawit
Malaysia bimbang kerana cadangan itu adalah untuk menaikkan cukai import bagi minyak sawit sahaja dan bukan minyak sayuran lain, kata Datuk Seri Mah Siew Keong.