awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan jadi lokasi penting bagi syarikat Jerman pelbagaikan perniagaan

Bernama
Bernama
17/02/2023
14:42 MYT
Malaysia akan jadi lokasi penting bagi syarikat Jerman pelbagaikan perniagaan
Steinmeier berkata terdapat banyak potensi untuk menjalinkan kerjasama antara Jerman dan Malaysia dengan salah satu sektor yang perlu dipergiatkan ialah latihan vokasional. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan mereka, kata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.
Beliau berkata terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia dan mewujudkan 65,000 pekerjaan serta terdapat ruang untuk lebih banyak syarikat Jerman mempelbagaikan dan membekalkan pasaran mereka di rantau ini.
"Kami tahu mengenai lokasi perniagaan dan komuniti perniagaan Jerman telah memulakannya dulu ke arah kepelbagaian dalam pembuatan dan rantaian bekalan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, di sini hari ini.
Steinmeier berkata terdapat banyak potensi untuk menjalinkan kerjasama antara Jerman dan Malaysia dengan salah satu sektor yang perlu dipergiatkan ialah latihan vokasional.
Beliau berkata semasa lawatannya ke Pulau Pinang semalam, banyak syarikat Jerman berteknologi tinggi mengeluarkan semikonduktor dan bekalan perubatan di Pulau Pinang tetapi kekurangan latihan vokasional untuk golongan muda.
"Saya bercakap dengan golongan muda yang menyuarakan harapan mereka dan kita perlu mempertingkatkan latihan vokasional di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Jerman
#Presiden Jerman
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan