KUALA LUMPUR: Malaysia amat memerlukan penyelesaian berasaskan perdagangan untuk mengurangkan kekangan mudah tunai ekoran pandemik COVID-19, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
Beliau berkata, pandemik yang menyebabkan permintaan domestik menjadi suram dan tindakan pembendungan ketat dilaksanakan, telah mengakibatkan penyusutan mudah tunai dalam kalangan perniagaan Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Dalam usaha kekal bertahan, sebilangan syarikat terpaksa mengambil jalan terakhir dengan menambah hutang untuk memenuhi obligasi pembayaran masing-masing," katanya pada pelancaran Laporan Kewangan Perdagangan Islam oleh Bank Dunia secara maya pada Isnin.
Beliau berkata, walaupun pelbagai langkah telah diperkenalkan dalam bentuk program bantuan upah, geran sokongan dan penangguhan pembayaran ansuran bagi pinjaman dan pembiayaan untuk mengurangkan beban yang dipikul PKS, namun ia hanya sokongan sementara yang sama seperti penyelesaian sementara.
"Bantuan berterusan dalam bentuk tersebut mungkin tidak mampan. Pergantungan berlebihan kepada instrumen berasaskan hutang juga melemahkan fleksibiliti kewangan bagi perniagaan dalam menyokong pemulihan mereka," katanya.
Adnan Zaylani berkata penyelesaian berasaskan perdagangan boleh menawarkan opsyen berdaya maju dengan pendanaan disesuaikan dengan kitar hayat pengeluaran.
Beliau berkata ini membolehkan syarikat memperoleh mudah tunai jangka pendek menerusi penjualan aset semasa seperti yang belum diterima dan inventori kepada institusi kewangan tanpa meningkatkan paras hutang mereka.
Bagaimanapun, penstrukturan penyelesaian ini memberi beberapa risiko baharu kepada institusi kewangan, katanya.
"Berbeza dengan pembiayaan hutang yang mana pembiayanya terdedah kepada risiko melangkaui kredit, seperti inventori dan risiko pasaran, yang memerlukan perlindungan tambahan bagi migitasi risiko, pendekatan berbeza terhadap pengurusan risiko, infrastruktur dan amalan.
"Berikutan sifat pendedahan itu, ia memberi jaminan untuk institusi kewangan Islam (IFI) mengambil pendekatan penerokaan terhadap tawaran baharu berasaskan perdagangan. Ini akan mewujudkan lebih pemahaman mengenai risiko dan dinamik mereka, sekali gus membolehkan IFI menetapkan rangka kerja dan dasar yang sesuai," katanya.
Adnan Zaylani berkata satu lagi tonggak penting untuk bank pusat dan khususnya kewangan Islam adalah membantu perniagaan mengamalkan kelestarian dan membangunkan daya tahan daripada perubahan iklim, dengan keperluan mendesak terhadap pemulihan inklusif dan lebih hijau merupakan sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
Beliau berkata sebagai negara perdagangan, Malaysia boleh mengalami kerugian bernilai US$65.3 bilion (US$1=RM4.23) daripada hasil eksport tahunan seandainya negara tidak melaksanakan peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan daya tahan iklim pada 2025.
Rakan dagang Malaysia telah memulakan usaha untuk menjadikan unjuran ke atas kelestarian sebagai prasyarat untuk urus niaga, katanya.
Beliau berkata rakan dagang utama Malaysia seperti China dan Kesatuan Eropah (EU) komited terhadap sifar bersih pelepasan karbon menjelang pertengahan abad ini dan cadangan terbaru EU berhubung Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon akan meningkatkan kos perniagaan untuk mengeksport ke pasaran ini.
"Ini jelas, kelestarian bukan lagi elemen pilihan, tetapi merupakan satu pertimbangan perniagaan yang amat penting demi kelangsungan jangka panjang.
"Sesuatu yang amat menggalakkan apabila menyaksikan sektor kewangan meningkatkan usaha dalam aspek ini, termasuk menerusi tawaran penyelesaian kewangan lestari dan bantuan kepada syarikat untuk usaha peralihan mereka. Institusi kewangan Islam telah menerajuinya dan terus mendahului melalui amalan Perantaraan Berasaskan Nilai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Adnan Zaylani berkata, penyelesaian berasaskan perdagangan boleh menawarkan opsyen berdaya maju dengan pendanaan disesuaikan dengan kitar hayat pengeluaran. - Gambar fail
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.