KUALA LUMPUR: Pakar-pakar ekonomi berpendapat penyertaan ke dalam kumpulan BRICS akan membantu Malaysia mempelbagaikan lagi perdagangan dan pelaburannya, selain meningkatkan akses negara kepada pasaran yang lebih luas.
Ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun, BRICS pada asalnya terdiri daripada Brazil, Rusia, India dan China.
Afrika Selatan menyertai BRICS pada 2010, manakala Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriyah Arab Bersatu turut serta pada Januari tahun ini.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat penyertaan ke dalam BRICS akan membantu negara mengurangkan pergantungan ke atas dolar AS untuk penyelesaian perdagangan.
"Ia secara berkesan akan melindungi negara serta rantau ini daripada perubahan dalam dasar monetari dan turun naik mata wang Amerika Syarikat (AS), berpotensi meningkatkan kebolehramalan dalam pasaran mata wang termasuk mengurangkan kos urus niaga untuk pengeksport dan pengimport," katanya kepada Bernama.
Namun begitu, kerajaan perlu melakukan analisis kos dan faedah (CBA) memandangkan keadaan semasa yang tidak menentu terutamanya dalam bidang berkaitan geopolitik di kalangan negara-negara besar.
Dalam temu bual dengan media China, Guancha yang diterbitkan pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menyertai kumpulan BRICS dan akan memulakan proses penyertaan tidak lama lagi.
Pengumuman ini dibuat hanya beberapa minggu selepas Thailand menyatakan minat bagi menyertai blok berkenaan.
Felo Persatuan Pemikir Persatuan Kewangan Asia, Mohd Sedek Jantan melihat keputusan Malaysia sebagai langkah positif yang akan melebarkan pengaruh ekonomi dan politik globalnya.
Menurut Deklarasi Johannesburg, penyertaan ke dalam BRICS akan menggalakkan kerjasama, perpaduan serta perkongsian strategik dalam 'Selatan Global,' memupuk komitmen terhadap multilateralisme inklusif, katanya.
"Menyertai BRICS akan membolehkan negara anggota menyelaraskan pendirian mereka dalam isu-isu seperti pembangunan infrastruktur (mengikut model Inisiatif Jalur dan Laluan), polisi ekonomi termasuk dasar iklim.
"Kemasukan anggota baharu telah memberikan BRICS+ lebih legitimasi selain meningkatkan kedudukannya dalam Kumpulan 20 (G20), walaupun disebalik, integrasi ekonominya yang agak terhad, kepentingan ekonomi yang berbeza dan kurangnya perpaduan geopolitik di kalangan ahlinya," kata Mohd Sedek.
Beliau menjelaskan berdasarkan komposisi semasa BRICS+, kumpulan itu membawa beban demografi dan ekonomi yang agak ketara, mewakili hampir separuh penduduk dunia berbanding bawah 10 peratus bagi Kumpulan Tujuh (G7).
Daripada mewujudkan mata wang yang sama, BRICS+ mahu mengurangkan pergantungan ke atas dolar AS dengan melonjakkan penggunaan mata wang tempatan dalam invois perdagangan dan aliran kewangan.
Sementara itu, pakar ekonomi terkemuka, Prof Geoffrey Williams menekankan kepentingan strategik Malaysia dalam mengekalkan portfolio yang pelbagai dalam perdagangan dan pelaburan.
Beliau juga mengemukakan fleksibiliti yang disediakan BRICS, yang akan membolehkan Malaysia mengemudi isu geopolitik sambil mengekalkan pendirian yang tidak memihak serta bebas.
"Imbangan kuasa ekonomi sedang beralih, justeru Malaysia, sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, mesti bertindak balas secara positif.
"Terdapat peluang perdagangan serta pelaburan dengan BRICS dan ini akan mewujudkan permintaan terhadap ringgit termasuk mengukuhkan mata wang ringgit dari semasa ke semasa," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
BRICS+ mahu mengurangkan pergantungan ke atas dolar AS dengan melonjakkan penggunaan mata wang tempatan dalam invois perdagangan dan aliran kewangan. - Foto fail/REUTERS
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Usaha bangun mekanisme penyelesaian BRICS diteruskan walaupun diancam Trump - Diplomat Rusia
Usaha membangunkan mekanisme atau instrumen yang memudahkan penyelesaian transaksi kewangan antara negara anggota BRICS akan diteruskan walaupun diancam Trump.
Tiada cadangan rasmi negara BRICS kurang bergantung kepada dolar AS - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi yang dipersetujui negara anggota BRICS bagi tujuan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS setakat ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila pelabur pilih mata wang selamat
Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap negara BRICS jika dolar digantikan
Trump mengeluarkan amaran yang beliau akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana negara BRICS yang cuba menggantikan penggunaan dolar AS.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.