KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur melonjak 11 tempat untuk berada di kedudukan ke 15 daripada 20 Hab Teratas Fintech Asia, mengikut laporan Asia Pacific Fintech Rankings: Bridging Divides.
Laporan oleh firma penyelidikan dan analitik global Findexable dan dikuasakan oleh Mambu, sebuah platform perbankan global perisian sebagai perkhidmatan (Saas), telah meletakkan Hong Kong, Singapura dan Sydney di Australia sebagai tiga hab fintech yang berada di kedudukan teratas.
Ia berkata negara-negara Asia adalah antara yang pertama melancarkan lesen perbankan pakar digital untuk menggalakkan bank digital (neobanks) sebagai sebahagian daripada strategi keterangkuman ekonomi yang lebih luas.
"Malaysia dan Singapura juga mempunyai sandbox kawal selia yang membolehkan bank digital memanjangkan beberapa perkhidmatan kepada pelanggan perintis tanpa lulus ujian kawal selia harian," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Findexable dan Pengasas Bersama, Simon Hardie berkata, kedudukan hab fintech Asia Pasifik adalah bukti kepelbagaian, kepintaran dan komitmen rantau ini terhadap inovasi.
“Dengan 45 hab di seluruh rantau ini, dengan satu pertiga lebih banyak dari tahun 2020, firma fintech di seluruh Asia Pasifik membuktikan fintech ialah enjin bagi ekonomi digital.
"Lebih penting lagi, seperti yang ditunjukkan oleh laporan ini, fintech menunjukkan bahawa membina perniagaan yang berjaya harus seiring dengan menyumbang kepada keterangkuman kewangan dan matlamat pembangunan yang lebih luas," katanya dalam satu kenyataan.
Pengarah Urusan Mambu, Myles Bertrand berkata, platform perbankan awan Saas telah menyaksikan pecutan yang menakjubkan dalam kadar inovasi fintech di seluruh rantau sepanjang tahun lalu dan penggunaan teknologi kewangan baharu kini dipacu terutamanya oleh permintaan pengguna yang tercetus daripada pandemik.
“Pengguna di seluruh Asia Pasifik telah mengalami bagaimana teknologi perbankan digital boleh menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dengan pelbagai cara yang lebih pantas, lebih selesa dan lebih murah untuk mengurus wang mereka,” katanya.
Beliau berkata, Asia telah menjadi tempat kepada hampir separuh daripada 20 hab teknologi kewangan global terbaik yang dikenal pasti dalam laporan itu tetapi peraturan yang berbeza dari satu negara ke negara lain boleh menjadi penghalang sebenar kepada pertumbuhan multinasional di rantau itu.
“Setiap bank pusat atau kerajaan mempunyai agenda tersendiri, jadi amat penting bagi fintech untuk bekerja secara kolaboratif dengan pengawal selia di setiap negara untuk memahami kebimbangan mereka dan membantu menyokong penciptaan ekosistem yang saling menguntungkan yang menyokong inovasi,” tambahnya.
Laporan itu menekankan peranan penting inovasi fintech dalam menutup jurang antara mereka yang mendapat perkhidmatan bank, tidak mendapat layanan perbankan dan tidak ada perkhidmatan perbankan, terutamanya di negara yang mungkin mempunyai tahap keterangkuman kewangan formal yang rendah tetapi tahap pemilikan telefon pintar dan penembusan internet yang tinggi.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 22 2021
Malaysia dan Singapura juga mempunyai sandbox kawal selia yang membolehkan bank digital memanjangkan beberapa perkhidmatan kepada pelanggan perintis tanpa lulus ujian kawal selia harian. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur berjalan lancar, terkawal
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
Turkmenistan Airlines perkenal laluan Ashgabat-KL
Turkmenistan Airlines sedang mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan memperkenalkan empat laluan baharu, termasuk satu ke Kuala Lumpur.
Penyediaan kawasan lapang di Kuala Lumpur perlu lebih kreatif untuk dimajukan - DBKL
Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Zulkurnain Hassan berkata DBKL tidak boleh memaksa pihak pemaju menyerahkan tanah secara percuma dalam semua keadaan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.