KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui peluang ekonomi dan perindustrian di rantau Asean melalui inisiatif yang digariskan di bawah Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang berfungsi sebagai pemangkin untuk menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Sebagai pintu masuk ke Asean, beliau berkata Malaysia dilengkapi dengan tenaga kerja yang mampu berbahasa Inggeris, iklim politik yang stabil, rangka kerja 'Common Law' yang mantap dan persekitaran perniagaan yang matang.
"Amat penting bagi rakyat Malaysia, kita mesti memacu pemindahan kemahiran dan pengetahuan, melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama dengan matlamat membina masyarakat kelas pertengahan yang lebih kukuh," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Corporate Network (EICN), dan disokong oleh Maybank sempena sesi mengenai Perdagangan dan Industri dalam Peralihan.
Liew berkata prospek pertumbuhan yang menjanjikan di rantau ini dan peningkatan kelas pertengahannya menyebabkan negara-negara anggota sangat menarik untuk dijadikan hab pengeluaran dan destinasi pasaran.
Beliau menambah trend mega global terhadap peralihan geopolitik, pendigitalan dan peralihan hijau juga telah memberi manfaat kepada Malaysia dan Asean.
"Sehubungan itu, ia adalah peluang bagi negara-negara Asean untuk bekerjasama mewujudkan rantaian bekalan serantau yang bersepadu bagi mencapai pertumbuhan perindustrian yang signifikan secara bersama," katanya.
EICN berkata Asean mencatatkan peningkatan aliran pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil dalam beberapa dekad kebelakangan ini, menyumbang 17 peratus daripada jumlah aliran masuk FDI dunia pada 2022, naik dengan ketara berbanding 2.7 peratus pada 2002.
Ia berkata Malaysia menarik FDI bernilai US$16.9 bilion pada 2022, nilai tertinggi bersejarah yang melebihi angka 2021 sebanyak hampir 40 peratus (US$1 = RM4.70).
"Purata US$14.6 bilion untuk 2021-2022 berbanding purata tahunan US$10 bilion pada 2010-an mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.
"Pertumbuhan perdagangan barangan global akan mula pulih menjelang awal 2024, dijangka menjadikan aktiviti kilang yang lebih kukuh di Asia, dengan aktiviti yang lebih rancak di China turut menyokong penghantaran bahan mentah dan barangan perantaraan yang diperoleh daripada tempat lain di rantau ini. Kitaran elektronik yang pulih juga akan membantu perdagangan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
LIEW: Rakyat Malaysia mesti memacu pemindahan kemahiran dan pengetahuan, melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama dengan matlamat membina masyarakat kelas pertengahan yang lebih kukuh. - Gambar fail/Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Selangor pertimbang tubuh jabatan data, mantapkan perancangan pembangunan negeri - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia menimbangkan cadangan menubuhkan sebuah jabatan bagi mengumpul dan mentafsir data terkini pelbagai sektor berkepentingan untuk memantapkan perancangan pembangunan negeri.
KESUMA akan laksana pelbagai inisiatif perkasa kemahiran pekerja - Steven Sim
KESUMA menyediakan dana berjumlah RM3 bilion untuk sektor pengurusan latihan kemahiran bagi 2025.
WeTransfer akan buang 75% kakitangan
Pengurangan tenaga kerja dilakukan bagi menjadikan pasukan WeTransfer lebih kecil dan fokus kepada produk yang dibangunkan.
Sumbangan besar wanita mampu tambah hingga RM6 bilion kepada KDNK Malaysia - Nancy
Sumbangan besar wanita dalam sektor ekonomi mampu menambah sehingga RM6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.
Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB
Ling berkata, adalah penting untuk tenaga kerja memberi tumpuan kepada pembelajaran berterusan, peningkatan kemahiran dan memupuk kemahiran semula.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Malaysia perlu tangani cabaran tenaga kerja bagi jayakan pelan ekonomi - Tengku Zafrul
Tanpa modal insan serta pengurusan bakat yang tepat, sukar bagi negara untuk merealisasi impian dan aspirasi menjadi sebuah negara perindustrian.
Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.
Zon Ekonomi Khas Malaysia-Singapura mampu jadi hab teknologi tinggi peringkat global
Malaysia dan Singapura mampu menarik pelaburan dalam industri komputer dan cip selain mempunyai tenaga kerja yang matang.
TVET berperanan besar kepada pembangunan negara - Zambry
Zambry berkata adalah mustahak untuk dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan memberi tumpuan khusus kepada kepentingan TVET.