ISKANDAR PUTERI: Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebelum ini sudah ada idea atau cadangan awal daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihak namun ia belum lagi diangkat sebagai cadangan rasmi.
"I think we are ready to see in what way Singapore view Johor as part of the economic zone because we also have our ideas and proposal on how we view Singapore as part of our economic zone.
"Sekarang saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan itu dan mulakan (perbincangan) untuk melakukannya secara formal," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, Rafizi berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum dibawa ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai ini.
Terdahulu, pada sesi dialog libat urus itu Rafizi dalam ucapannya berkata Johor akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan, susulan potensi dan kedudukan strategiknya di rantau ini.
Beliau berkata dengan negara memberi fokus kepada sektor peralihan tenaga, Johor berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura.
Ia turut didokong dengan keputusan kerajaan yang kini membenarkan aktiviti pengeksportan tenaga boleh diperbaharui, katanya.
"Johor akan jadi salah satu negeri yang paling berpotensi mendapat laba daripada projek aktiviti peralihan tenaga melibatkan tenaga boleh baharu. Dalam pada itu, Pengerang bukan sahaja dijadikan pusat kimia dan petrokimia tetapi juga perintis kepada tenaga ammonia dan hidrogen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Rafizi Ramli berkata sebelum ini sudah ada idea atau cadangan awal daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihak. - Foto fail/Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.