awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia capai pertumbuhan ekonomi berdaya tahan pada 2025 - Bank Dunia

Bernama
Bernama
27/11/2025
09:38 MYT
Malaysia capai pertumbuhan ekonomi berdaya tahan pada 2025 - Bank Dunia
Apurva Sanghi berkata pertumbuhan Malaysia pada kira-kira empat peratus bagi ketiga-tiga suku tahun ini adalah amat positif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan berdaya tahan tahun ini seperti ditunjukkan menerusi prestasi lebih kukuh berbanding jangkaan pada suku ketiga 2025, menurut Bank Dunia.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Apurva Sanghi berkata, pertumbuhan Malaysia pada kira-kira empat peratus bagi ketiga-tiga suku tahun ini adalah amat positif.
"Situasi dunia tidak begitu baik dengan pertumbuhan yang perlahan, pelaburan tidak berkembang dan hutang yang meningkat. Daripada perspektif itu, Malaysia berada dalam keadaan yang agak baik," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara (NEOC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun, cabaran global termasuk kelembapan pertumbuhan dunia, aliran pelaburan yang lemah dan aliran pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin berkurangan ke negara membangun akan menjadikan tempoh 2026 lebih mencabar.
"Kita akan lihat angka prestasi suku keempat nanti, dan kami akan membuat kemas kini seterusnya pada April. Bagaimanapun, berita baiknya apabila ketiga-tiga tempoh suku itu menunjukkan pertumbuhan yang cukup berdaya tahan tahun ini. Ujian sebenar adalah tahun depan," katanya.
Pada Oktober lepas, Bank Dunia menaikkan unjuran bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 kepada 4.1 peratus berbanding unjuran awal pada 3.9 peratus.
Beliau yang mengakui peningkatan aliran masuk FDI ke Malaysia yang kebanyakannya dipacu oleh pelaburan pusat data berkata pembuat dasar perlu menilai sumbangan jangka masa panjang pelaburan itu kepada pekerjaan dan kemampanan.
Apurva yang memuji program rasionalisasi subsidi kerajaan yang sedang dilaksanakan berkata pembaharuan tarif air, penggunaan elektrik berskala besar oleh industri, diesel, ayam dan telur sebagai tanda strategi yang dilaksanakan dengan baik.
Semasa perbincangan panel mengenai Tinjauan Ekonomi Malaysia, Asia dan Dunia 2026-2027, Apurva mencadangkan bahawa Malaysia perlu mengurangkan tarif bagi semua rakan dagang.
"Jika anda mengurangkan tarif...maka...perlu mengurangkan tarif secara tidak berdiskriminasi. Malaysia hanya menghapuskan halangan untuk Amerika Syarikat. Ini baik untuk pembeli Malaysia, tetapi perlu untuk tidak memihak, kurangkan tarif untuk semua rakan dagang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Apurva Sanghi
#pertumbuhan ekonomi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan