Skip to main content

Dunia

Gempa bumi landa Maluku Barat Daya, Laut Banda; tiada ancaman tsunami

Gempa bumi Laut Banda
Gempa bumi itu berlaku pada 12.40 tengah malam, dengan pusat gempa terletak kira-kira 43 km di barat laut kabupaten berkenaan pada kedalaman 91 km.

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.0 melanda bahagian barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya di Maluku pada awal pagi Selasa, dengan pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman tsunami.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) menyatakan gempa bumi itu berlaku pada 12.40 tengah malam, dengan pusat gempa terletak kira-kira 43 kilometer (km) di barat laut kabupaten berkenaan pada kedalaman 91 km.

Advertisement

Agensi itu turut melaporkan satu lagi gempa bumi berasingan bermagnitud 5.1 melanda wilayah Laut Banda pada waktu sama. Gegaran itu direkodkan pada 7.82 darjah Latitud Selatan dan 127.75 darjah Longitud Timur pada kedalaman 102 km.

BMKG memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada sebab untuk bimbang.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found