Skip to main content

Bisnes

Malaysia catat 38 IPO, kumpul US$1.62 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026

Malaysia menonjol dalam pasaran tawaran awam permulaan (IPO) di Asia Tenggara sepanjang sembilan bulan pertama 2026, dengan menyumbang 38 daripada 56 penyenaraian direkodkan di seluruh rantau ini, menurut Ernst & Young (EY).
Malaysia menonjol dalam pasaran tawaran awam permulaan (IPO) di Asia Tenggara sepanjang sembilan bulan pertama 2026, dengan menyumbang 38 daripada 56 penyenaraian direkodkan di seluruh rantau ini, menurut Ernst & Young (EY).

Ringkasan AI

  • Malaysia mencatatkan 38 daripada 56 IPO di Asia Tenggara dalam sembilan bulan pertama 2026, mengumpul US$1.62 bilion menurut Ernst & Young (EY).
  • Jumlah IPO dan dana yang dikumpul Malaysia meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, menunjukkan minat pelabur yang berterusan.
  • Secara keseluruhan, Asia Tenggara merekodkan penurunan 26 peratus bilangan IPO dan 13 peratus nilai kutipan berbanding tahun sebelumnya.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia menonjol dalam pasaran tawaran awam permulaan (IPO) di Asia Tenggara sepanjang sembilan bulan pertama 2026, dengan menyumbang 38 daripada 56 penyenaraian direkodkan di seluruh rantau ini, menurut Ernst & Young (EY).

Sebanyak 38 IPO tersebut berjaya mengumpul US$1.62 bilion (US$1=RM4.05), berbanding US$992 juta dikumpul melalui 37 penyenaraian dalam tempoh yang sama tahun lepas, menurut kenyataan EY dalam satu lembaran fakta hari ini.

Pada suku ketiga 2026, Malaysia mencatatkan sembilan IPO yang mengumpul US$167.2 juta, berbanding lapan IPO, mengumpul US$94 juta pada suku sama tahun lepas.

Advertisement

Dalam kalangan pasaran Asia Tenggara yang lain, Singapura mencatatkan lapan IPO dengan nilai kutipan US$1.28 bilion, diikuti oleh Indonesia dengan tujuh IPO (US$121.3 juta) dan Thailand dengan tiga IPO (US$21.3 juta).

Secara keseluruhan, Asia Tenggara mencatatkan 56 IPO dengan jumlah kutipan US$3 bilion sepanjang sembilan bulan pertama 2026, menunjukkan penurunan sebanyak 26 peratus dari segi bilangan dan 13 peratus dari segi nilai berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement

Pada suku ketiga 2026, sebanyak 20 IPO mengumpul US$500 juta, berbanding 26 IPO yang mengumpul US$2.1 bilion dalam tempoh sama pada 2025.

Wakil daripada EY Capital Markets, Nghia Trung Nguyen berkata Malaysia telah melepasi angka penyenaraian serta jumlah dana dikumpul berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Hasil lebih kukuh ini amat menggalakkan dan menunjukkan minat berterusan dalam kalangan pelabur terhadap syarikat-syarikat berkualiti yang mempunyai prospek pertumbuhan menarik.

"Momentum ini juga mencerminkan peranan pasaran modal dalam menyokong syarikat-syarikat yang sedang melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya, ia menyediakan akses kepada modal dan meluaskan asas pelabur serta profil pasaran syarikat tersebut," kata Nghia dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihak penerbit perlu bersedia sepenuhnya dan bersikap realistik mengenai masa pasaran serta jangkaan pelabur dalam persekitaran global tidak menentu, memandangkan pelabur kini menjadi semakin selektif.

Menurutnya, cadangan perniagaan yang menarik, disokong oleh asas kukuh, tadbir urus baik dan strategi pertumbuhan yang jelas, kekal penting untuk memastikan penyenaraian berjaya serta mengekalkan keyakinan pelabur selepas tawaran awam permulaan (IPO).

Ketua IPO EY bagi rantau ASEAN, Chan Yew Kiang berkata pembaharuan kawal selia, prospek ekonomi sederhana, dan ketidaktentuan geopolitik telah menjejaskan sentimen penyenaraian di seluruh rantau ini, sekali gus mendorong syarikat yang berhasrat untuk melaksanakan IPO supaya mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

"Oleh itu, pada suku ketiga 2026, jumlah urus niaga IPO di seluruh Asia Tenggara kecuali Malaysia telah berkurangan berbanding tempoh sama tahun lalu. Bursa-bursa aham di rantau ini juga mula memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai pemegang saham menerusi pelbagai inisiatif.

"Sebagai contoh, di Singapura, walaupun Program Pembangunan Pasaran Ekuiti (EQDP) diperkenalkan pada Februari, 2025 telah menjana kecairan dan menghidupkan suasana di bursa tempatan, syarikat-syarikat korporat perlu melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan kecairan serta prestasi pasca-IPO," katanya.

Di peringkat global, EY menyatakan terdapat 908 tawaran awam permulaan (IPO) yang meraih US$290 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026; ini mencerminkan penurunan sebanyak dua peratus dari segi bilangan urus niaga, namun peningkatan sebanyak 153 peratus dari segi hasil yang diraih berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025.

Globally, EY said there were 908 IPOs that raised US$290 billion in the first nine months of 2026, representing a two per cent decline in deal volume but a 153 per cent increase in proceeds compared with the corresponding period in 2025.

Menurut EY, bagi suku ketiga tahun 2026, terdapat 387 IPO meraih US$95.6 bilion, berbanding 374 IPO mengumpul US$52 bilion dalam tempoh sama pada 2025.

Dari segi prestasi serantau, EY menyatakan bahawa rantau Asia-Pasifik mencatatkan 399 IPO yang meraih US$93.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026, peningkatan sebanyak 14 peratus dari segi bilangan dan 79 peratus dari segi hasil berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, rantau Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika (EMEIA) mencatatkan 389 IPO yang mengumpul US$30.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, mewakili peningkatan sebanyak satu peratus dari segi bilangan dan enam peratus dari segi hasil berbanding tahun sebelumnya.

Menurut EY, aktiviti IPO di rantau Amerika menyaksikan penurunan sebanyak 35 peratus dari segi bilangan urus niaga kepada 120 penyenaraian dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, walaupun hasil diraih melonjak sebanyak 392 peratus kepada US$166.6 bilion.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement