Skip to main content

Malaysia

Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama TVET, pendidikan tinggi - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turkiye (YOK) Prof Dr Erol Ozvar hari ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turkiye (YOK) Prof Dr Erol Ozvar hari ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Turkiye berhasrat memperkukuh kerjasama dalam bidang TVET, melibatkan 270 institusi MARA untuk memperluas perkongsian kepakaran dan latihan teknikal.
  • Pertemuan membincangkan penelitian semula MoU, perjanjian kerjasama, serta pertukaran pensyarah dan pelajar antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.
  • Kerjasama turut berpotensi diperluas ke bidang industri pertahanan melalui perkongsian hasil penyelidikan dan penglibatan universiti teknikal serta pihak industri.
Advertisement

ISTANBUL: Malaysia dan Turkiye berhasrat memperkukuh kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk menerusi penglibatan 270 institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memperluas perkongsian kepakaran serta latihan teknikal antara kedua-dua negara.

Perkara itu antara dibincangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turkiye (YOK) Prof Dr Erol Ozvar di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pertemuan kira-kira 40 minit itu turut memberi tumpuan kepada penelitian semula pelbagai memorandum persefahaman (MoU), perjanjian kerjasama serta perjanjian teknikal yang telah dimeterai antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.

Advertisement

Beliau berkata kerjasama antara universiti di Malaysia dan Turkiye yang terjalin sekian lama perlu dipertingkat, khususnya menerusi penglibatan institusi di bawah MARA seperti Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

โ€œKami memberikan tumpuan terhadap latihan teknikal di mana 270 institusi TVET di bawah MARA sendiri, bersama-sama institusi pendidikan lain merupakan satu saluran yang pada hemat saya harus dipertingkatkan jalinan kerjasamanya,โ€ kata beliau kepada media Malaysia selepas menerima kunjungan hormat itu.

Advertisement

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Malaysia turut berhasrat  menghantar tenaga pengajar dan pakar ke Turkiye bagi melaksanakan program latihan jurulatih (train the trainer), selain memperluas pertukaran pensyarah dan pelajar antara kedua-dua negara.

โ€œKita berhasrat untuk menghantar pensyarah kita dan juga beberapa pakar supaya train the trainer dapat dilakukan, pertukaran pensyarah serta pelajar dan berkongsi beberapa dapatan baharu daripada kajian-kajian yang dilakukan agar kita dapat berkongsi antara kedua-dua negara,โ€ katanya.

Beliau berkata kerjasama itu juga berpotensi diperluas kepada bidang industri pertahanan khususnya melalui perkongsian hasil penyelidikan serta penglibatan universiti teknikal dan pihak industri kedua-dua negara.

Sementara itu, Ozvar berkata pertemuan berkenaan membuka ruang kepada penerokaan kerjasama lebih luas dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan saintifik, memandangkan universiti di kedua-dua negara telah mempunyai hubungan erat.

Beliau berkata kedua-dua negara turut bersetuju untuk menggalakkan lebih banyak interaksi antara universiti, termasuk menerusi pelaksanaan projek penyelidikan bersama dalam bidang keutamaan yang dikenal pasti oleh Malaysia dan Turkiye.

โ€œKami mahu membawa universiti kedua-dua negara untuk berinteraksi dengan lebih kerap. Agenda pertemuan hari ini turut merangkumi potensi kerjasama antara universiti kedua-dua negara,โ€ katanya. 

Ozvar berkata pihaknya juga berhasrat mempergiat mobiliti pelajar dan ahli akademik antara kedua-dua negara, selain menghubungkan institusi pengajian tinggi berkualiti di Malaysia dan Turkiye bagi merealisasikan potensi kerjasama serta kepentingan bersama.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Duta YOK merangkap Penasihat kepada Presiden YOK Dr Olgan Bekar dan Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa YOK Mustafa Efe.

Ahmad Zahid berada di Turkiye hingga 8 Nov ini bagi menyertai TRT World Forum 2026 di Istanbul Congress Centre (ICC), termasuk sebagai ahli panel dalam sesi bertajuk "Turkiye From Regional Power to Multi-Regional Actor".

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement