KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada suku pertama 2021, melonjak 95.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata strategi agresif berterusan untuk menarik pelaburan peringkat tinggi daripada pelabur asing dan juga tempatan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Pelaburan diluluskan ini melibatkan 993 projek dan dijangka menjana 32,557 peluang pekerjaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ketika Malaysia meneruskan perjuangan menangani pandemik COVID-19, negara kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan pintu masuk strategik bagi pelabur.
"Negara berusaha gigih menyediakan kepada pelabur keperluan dan peralatan moden terkini. Nilai unik sebagai hab operasi global dan pelaburan berteknologi tinggi akan menarik aktiviti pelaburan berkualiti yang berterusan di negara ini.
"Dengan dasar menyokong perniagaan, berhemat dan pragmatik, Malaysia berfungsi sebagai rakan yang ideal bagi pelabur untuk menjalankan perniagaan di rantau ini," katanya.
Mohamed Azmin berkata kerajaan, menerusi MIDA, akan menyediakan kepakarannya dalam melaksanakan inisiatif pembaharuan serta dasar dan pelan dan rangka tindakan yang baru dibangunkan, untuk meningkatkan daya saing negara, menggalakkan pelaburan dan mempercepat pembangunan ekonomi nasional sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).
Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama meningkat sebanyak 383.4 peratus kepada RM54.9 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 daripada RM11.4 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
Sementara itu, pelaburan langsung domestik (DDI) membentuk baki selebihnya sebanyak RM25.7 bilion, menyumbang 31.9 peratus kepada jumlah pelaburan dilulus dalam kesemua ketiga-tiga sektor tersebut.
Sektor pembuatan menerajui pelaburan bagi Suku Pertama 2021, merekodkan RM58.8 bilion daripada 246 projek pembuatan berbanding RM25.9 bilion daripada 226 projek pembuatan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ia disusuli sektor perkhidmatan sebanyak RM15.6 bilion dan sektor utama pada RM6.2 bilion.
Setakat Mac 2021, MIDA mempunyai dalam perancangan, 988 projek dengan cadangan pelaburan bernilai RM54.4 bllion dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Jelas Azmin, Malaysia meneruskan perjuangan menangani pandemik COVID-19, negara kekal sebagai destinasi pelaburan utama dan pintu masuk strategik bagi pelabur. - MITI
Jangkitan kuman di rumah pengasuh, bayi 7 bulan maut
Polis menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan tujuh bulan yang berada dalam jagaannya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Isnin.
Pihak polis kesan pemilik akaun sosial timbul kebencian
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Katanya, ia susulan kes serangan yang melibatkan dua pemain bola sepak iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Katanya, ia susulan kes serangan yang melibatkan dua pemain bola sepak iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.