awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer

Bernama
Bernama
23/12/2025
20:30 MYT
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Ujian berkenaan mengukur tahap sejenis protein yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer. - Gambar hiasan
BRUSSELS: Norway buat pertama kalinya mula menggunakan ujian darah bagi mengesan perubahan otak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar awam Norway, NRK, pada Selasa.
Ujian berkenaan, yang kini ditawarkan di hospital kepada pesakit yang menunjukkan gejala kognitif, mengukur tahap sejenis protein yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.
Satu kajian terbaharu yang diketuai Hospital Universiti Stavanger menganalisis lebih 11,000 sampel darah daripada individu berusia 57 tahun ke atas.
Keputusan kajian menunjukkan, satu daripada tiga rakyat Norway berusia lebih 70 tahun mengalami perubahan otak berkaitan Alzheimer, manakala lebih 60 peratus individu berusia lebih 90 tahun terjejas.
Pakar berkata, ujian darah ini menawarkan alternatif yang lebih mudah dan kurang invasif berbanding kaedah terdahulu yang memerlukan pengambilan cecair tulang belakang.
Usaha sedang dijalankan untuk menjadikan ujian ini boleh diakses melalui pengamal perubatan am, sekali gus berpotensi meningkatkan pengesanan awal dan penjagaan pencegahan.
Ubat-ubatan baharu yang bertujuan memperlahan perkembangan Alzheimer, seperti Leqembi dan Kisunla, dijangka akan dinilai di Norway tidak lama lagi, namun kos serta keperluan rawatan di hospital masih menjadi cabaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perubatan
#teknologi
#Norway
#ujian darah
#Alzheimer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan