awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah

Bernama
Bernama
23/12/2025
20:45 MYT
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Polis Nigeria berkawal di pekarangan sebuah sekolah, di mana kes penculikan terjadi pada November lalu. - Gambar AP
ABUJA: Polis Nigeria pada Selasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat sekurang-kurangnya 28 pengembara yang diculik oleh lelaki bersenjata di Negeri Plateau, tengah Nigeria, pada Ahad malam.
Jurucakap polis, Plateau Alabo Alfred memberitahu Xinhua melalui panggilan telefon, bahawa pasukan keselamatan dengan kerjasama agensi lain memulakan usaha bersepadu untuk menyelamatkan mangsa serangan yang berlaku berhampiran komuniti Zak di Kawasan Kerajaan Tempatan Wase.
"Kami sedang berusaha untuk membawa semua mangsa pulang dengan selamat. Kami juga sedang memburu penculik dan akan membawa mereka ke muka pengadilan," kata Alfred.
Mangsa culik, termasuk wanita dan kanak-kanak, dilaporkan sedang dalam perjalanan ke sebuah acara Islam di komuniti Sabon Layi apabila kenderaan mereka dipintas.
Media tempatan memetik penduduk sebagai berkata lokasi kumpulan yang diculik itu masih tidak diketahui, sambil menambah yang dua orang puteri serta seorang pemimpin agama yang mengetuai delegasi berkenaan turut diculik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis nigeria
#pengembara diculik
#wilayah Plateau
#mangsa serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan