Malaysia berhasrat untuk mengembangkan lagi hubungan baik dengan China, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kedua-dua negara telah memperkukuhkan kerjasama khususnya menerusi Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan sambil memperkukuhkan persefahaman bersama antara tamadun dan budaya kedua-dua pihak.
"Kita juga perlu melihat bagaimana kita dapat menambah baik dalam menangani perbezaan dan pertikaian sambil mengekalkan keamanan dan kestabilan selain memupuk kerjasama serantau dan koordinasi multilateral dengan Asia Timur menjadi tumpuan utama," kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi.
Saifuddin juga mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongannya yang berterusan, terutamanya dalam membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.
"Kami berterima kasih kepada China kerana terus membeli minyak sawit dari Malaysia, ini menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua negara adalah kukuh.
"Ini bukan hanya terhad kepada jualan minyak sawit tetapi juga aktiviti hiliran yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya," katanya.
BACA: Mujahid bawa isu keamanan, halal dan haji ke China - Pejabat Menteri
Pada 2018, Malaysia mengeksport 3.07 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM8.4 bilion ke China berbanding 2.87 juta tan bernilai RM9.42 bilion pada 2017.
Sementara itu, Wang Yi berkata hubungan China-Malaysia masih kekal kukuh dan dinamik walaupun menghadapi cabaran ekonomi global.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk mewujudkan mekanisme perundingan dua hala mengenai isu-isu maritim.
BACA: Usaha tangani masalah pencemaran laut tanggungjawab bersama - Dr Mahathir
Wang Yi berkata ketegangan di Laut China Selatan telah reda.
"Kami akan menggunakan platform dialog untuk membuat perbezaan dan menggalakkan kerjasama maritim dan kestabilan serantau di Laut China Selatan," kata Wang Yi.
Lawatan rasmi Saifuddin ke Republik Rakyat China (PRC) dari 9 hingga 13 Sept adalah sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (PRC).
BACA: Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Hubungan Malaysia-China kembali normal
Jadual lawatannya termasuk melawat ke ibu pejabat gergasi telekomunikasi dan IT - Huawei Technologies and Tencent - di Shenzhen, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di Nanning, dan bertemu dengan pemimpin wilayah Guangxi.
CMQIP adalah taman berkembar Taman Perindustrian Malaysia China-Kuantan (MCKIP).
BACA: Selepas Nuan-Nuan, apa nama anak kedua panda gergasi?
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019

Saifuddin bersama Wang Yi di Beijing pada Khamis. Twitter Saifuddin Abdullah

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil
![[TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19 [TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/31905630441610896292509/1885999_31570730741610896678610_640x360.jpg)
[TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk membentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19 yang berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu menangani penularan COVID-19 dalam negara. Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

COVID-19 | Ketua Bersatu Sepang positif COVID-19
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dilaporkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Ghazali sendiri menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook beliau pada Sabtu.

Malaysia, China kukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin
Beliau berkata kedua-dua negara telah memperkukuhkan kerjasama khususnya menerusi Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan sambil memperkukuhkan persefahaman bersama antara tamadun dan budaya kedua-dua pihak.

Kerajaan sediakan sokongan untuk lonjakkan lagi industri perabot
Teresa Kok Suh Sim berkata, industri itu menyumbang eksport bernilai RM10.1 bilion pada 2017, dan nilai itu disasarkan mencecah RM12 bilion menjelang 2020.