awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal

Bernama
Bernama
14/11/2024
15:04 MYT
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata usaha itu sekali gus memperkukuh kedudukan Peru dalam pasaran halal global yang sedang pesat berkembang meliputi pelbagai industri.
Pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menyusun mesyuarat meja bulat yang mengumpulkan 17 syarikat Malaysia dan 18 syarikat Peru, membuka peluang kerjasama dalam sektor penting seperti kewangan, tenaga boleh baharu, halal, dan logistik, katanya.
"Dengan rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang komprehensif, Malaysia bukan sahaja menjadi pintu masuk ke pasaran ASEAN, malah juga menawarkan akses yang lebih luas kepada syarikat Peru untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik," menurut catatan di platform X beliau pada Khamis.
Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa kerjasama itu akan membawa manfaat ekonomi yang besar dan membuka peluang baharu bagi rakyat kedua-dua negara.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk meningkatkan integrasi serantau dan memanfaatkan kerjasama yang lebih kukuh, termasuk dalam industri halal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#MITI
#sektor halal
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan