awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal destinasi pilihan perkhidmatan pengujian, pemasangan semikonduktor

Dagang News
Dagang News
08/09/2022
03:12 MYT
Malaysia kekal destinasi pilihan perkhidmatan pengujian, pemasangan semikonduktor
Pengembangan agresif pembuat cip dilihat akan memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan kedudukannya yang neutral dan strategik selain peperangan cip China-AS yang sedang berlangsung. - Gambar hiasan/Dagang News
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan untuk perkhidmatan penyumberan luar pengujian dan pemasangan semikonduktor (OSAT).
AmInvestment Bank Research berkata, pengembangan agresif pembuat cip dilihat akan memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan kedudukannya yang neutral dan strategik selain peperangan cip China-Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung.
Katanya, walaupun Akta CHIPS yang diluluskan sebelum ini tidak memberi manfaat kepada penggiat industri semikonduktor tempatan dalam menubuhkan kilang baharu di AS, firma itu kekal optimis aliran semikonduktor kekal tinggi.
"Menurut Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Malaysia menyumbang 24% daripada semua perdagangan global semikonduktor AS pada 2021.
"Secara global Malaysia menyumbang 7% daripada jumlah aliran dagangan semikonduktor," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, permintaan semikonduktor global kekal kukuh apabila jualan pada Jun 2022 meningkat 13% dari tahun ke tahun kepada AS$51 bilion (RM229.65 bilion) berbanding AS$45 bilion (RM202.63 bilion) pada Jun 2021.
Katanya, sehingga kini, jualan telah meningkat sebanyak 21% kepada AS$305 bilion (RM1.3 trilion) dan berada di landasan tepat untuk memenuhi unjuran jualan global Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) sebanyak AS$633 bilion (RM2.85 trilion)
"Ia akan terus diterajui oleh pasaran AS yang berkembang 29% diikuti Jepun (16%), Eropah (12%), Asia Pasifik (12%) dan China (5%)," katanya.
Sementara itu, penghantaran telefon pintar susut 8.8% kepada 286 juta unit untuk 2QFY22, menandakan penurunan suku keempat berturut-turut berdasarkan data International Data Corporation (IDC).
"Penurunan itu didorong oleh pembuat telefon pintar China, terutamanya Xiaomi mencatatkan penurunan 26%, Oppo sebanyak 25% dan Vivo sebanyak 22% kesan daripada ketidaktentuan ekonomi yang menjejaskn permintaan pengguna," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap semua sektor teknologi dengan mengutamakan syarikat dengan jualan ke arah segmen cip automotif akibat bekalan dan permintaan yang berterusan. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#pengujian dan pemasangan semikonduktor
#OSAT
#AmInvestment Bank Research
#Akta CHIPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan