awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2022
09:23 MYT
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik -  Mustapa
Mustapa (kanan) berkata, Malaysia merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada separuh pertama 2022 apabila pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM41.7 billion. - Foto ISIS Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu memberitahu, Malaysia merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada separuh pertama 2022 apabila pelaburan langsung asing (FDI) mencecah RM41.7 billion berbanding aliran masuk bersih RM48.1 bilion sepanjang 2021.
Menurutnya, perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan dengan eksport meningkat 48.2 peratus kepada RM141.33 bilion, pertumbuhan dua digit 19 bulan berturut-turut sehingga Ogos ini, manakala nilai import juga melonjak sebanyak 67.6 peratus.
"Pertumbuhan perdagangan sebanyak 56.7 peratus adalah didorong daripada keuntungan sektor pembuatan, perlombongan dan pertanian," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Praxis 2022 anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mustapa memberitahu, pasaran buruh turut menunjukkan momentum yang positif dengan kadar pengangguran menurun kepada 3.7 peratus, iaitu hampir sama sebelum pandemik.
"Pada Julai, saiz tenaga buruh menyaksikan peningkatan berterusan dengan peningkatan 3.3 peratus dari tahun ke tahun," tambahnya.
Topic Berkaitan
#ekonomi global
#Mustapa Mohamed
#FDI
#pelaburan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan