KUALA LUMPUR: Langkah yang diambil oleh anak syarikat Taiyo Yuden Co Ltd yang disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd untuk mengembangkan kemudahan pembuatan kapasitor seramik pelbagai lapisannya di Kuching adalah bukti bahawa Malaysia terus menjadi hab pilihan bagi pengeluar global.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan Taiyo Yuden untuk menyuntik pelaburan modal sebanyak RM680 juta bagi kemudahan baharunya dan akan mewujudkan 2,000 pekerjaan berkemahiran tinggi, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap kesediaan ekosistem perniagaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata pelaburan besar itu amat baik bagi Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), yang bertujuan memastikan Malaysia terus berada di barisan hadapan sebagai hab global untuk pelaburan berkualiti.
Ini dapat direalisasikan melalui peningkatan kepelbagaian ekonomi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menangani ketidakseimbangan ekonomi; selaras dengan komitmen Wawasan Kemakmuran Bersama negara yang akan membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan, adil, saksama dan inklusif.
Mohamed Azmin berkata rancangan pengembangan Taiyo Yuden itu adalah kemuncak daripada beberapa siri penglibatan aktif dan substantif yang bermula semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Jepun pada April 2021.
Beliau berkata kemudahan syarikat yang berkeluasan 36,500 meter persegi di Kuching akan mempunyai peralatan canggih, berteknologi tinggi berserta pemuliharaan tenaga tinggi melalui penggabungan bumbung berkuasa solar.
"Ciri-ciri mesra alam ini bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan pengeluaran tetapi juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau yang berbahaya, sejajar dengan nilai alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," tambahnya.
Sejak tahun 1980, Jepun telah menjadi pelabur asing terbesar dari segi projek yang dilaksanakan di Malaysia, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM91.4 bilion.
Pada tahun 2020, sejumlah 2,761 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah dilaksanakan dalam industri seperti elektrik dan elektronik, bahan kimia, produk mineral bukan logam dan peralatan pengangkutan.
Bergerak ke hadapan, Mohamed Azmin berkata Malaysia yakin pelaburan langsung asing akan terus mengalir ke negara ini walaupun terdapat landskap ekonomi global yang mencabar kerana kerajaan terus melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan persekitaran perniagaan dan keyakinan para pelabur.
- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Azmin berkata pelaburan besar itu amat baik bagi Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA). - Foto BERNAMA
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.