KUALA LUMPUR: Malaysia perlu bersedia untuk mengambil risiko yang terhitung ketika menempa masa depan ekonomi baharu bagi negara ini, terutama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata perkara itu adalah antara tiga penekanannya untuk 2024 dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Kedua, kita mesti melaksanakan rancangan kita dengan tepat. 2024 adalah tahun penting untuk kita terus maju di atas asas yang telah dibina tahun lepas.
"Ketiga, kita mesti kekal di laluan yang telah dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran. Kita juga perlu menjelaskan inisiatif serta rasionalnya secara konsisten kepada rakyat, di samping manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang," katanya menerusi catatan '2024: Masa Untuk Bersemangat Waja' di akaun media sosial rasminya pada Ahad.
Beliau berkata dalam menyambut kehadiran Tahun Baharu 2024, penting untuk mengimbau dan mengambil iktibar daripada cabaran tahun lepas.
"2023 adalah tahun yang penting bagi MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dalam membentuk masa depan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Malaysia bagi semua aspek: pelaburan, perdagangan dan industri," katanya.
Tengku Zafrul berkata hasil yang paling mampan sentiasa mengambil masa untuk dilaksanakan namun, sama ada suka atau tidak, perubahan luaran akan berlaku.
Justeru, Malaysia mesti memastikan industrinya bersedia lebih awal supaya tidak terkemudian, dan MITI akan terus berada di landasan, katanya.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia memerlukan pemikiran radikal (pemikiran moonshot) iaitu perlu yakin dalam mencapai sesuatu yang di luar jangkaan biasa, seperti penyelesaian radikal berdasarkan teknologi terbaharu bagi menyelesaikan masalah yang kelihatan mustahil untuk diatasi.
"Azam Tahun Baharu saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia berfikiran sebegini, dan meyakinkan mereka untuk terus berbuat demikian.
"Matlamat kita adalah untuk memperkukuh masa depan ekonomi Malaysia, dengan belia kita mempunyai pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, dan syarikat mencapai keuntungan berlipat ganda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Tengku Zafrul berkata hasil yang paling mampan sentiasa mengambil masa untuk dilaksanakan namun, sama ada suka atau tidak, perubahan luaran akan berlaku. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.