awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor - Rafizi

Bernama
Bernama
06/08/2024
23:20 MYT
Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor - Rafizi
Rafizi (kanan) dan Amirudin pada majlis pelancaran Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia di Puchong, 6 Ogos 2024. --fotoBERNAMA
PUCHONG: Malaysia perlu memberi tumpuan untuk membangunkan keupayaan mereka bentuk semikonduktornya sendiri dan mengurangkan pergantungan kepada cip import pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata hala tuju strategik kerajaan adalah untuk meningkatkan keseluruhan ekosistem semikonduktor, meliputi kedua-dua sektor huluan dan hiliran, terutamanya dengan memberi penekanan kepada pengeluar reka bentuk asli.
"Minat terhadap pusat data akan terus memacu permintaan semikonduktor, dan ini memberikan peluang kerana terdapat permintaan untuk cip.
"Apabila ekosistem ini berlaku, pusat data di Malaysia akan mula mempertimbangkan cip "Buatan Malaysia". Itu adalah pertimbangan yang disasarkan kerajaan," katanya pada majlis pelancaran Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia di Puchong, di sini, semalam.
Rafizi berkata kerajaan sudahpun mempunyai kemudahan untuk pemasangan dan ujian arus perdana, dan pelancaran Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia itu adalah mekanisme terbaik untuk meningkatkan bilangan syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) sebanyak mungkin.
"Jadi langkah seterusnya yang diambil kerajaan akan menambah kepada ekosistem dan meliputi semua (bidang) dari huluan hingga ke hiliran," katanya.
Menggalakkan pembabitan tempatan dalam reka bentuk, prototaip dan pengeluaran produk
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata taman reka bentuk IC itu akan dilengkapi dengan perkakas dan kemudahan perkhidmatan awam biasa, termasuk alat automasi reka bentuk elektronik mampu milik, pelayan, IP, perkhidmatan wafer pelbagai projek, dan program latihan.
"Matlamat utama taman ini adalah untuk menggalakkan pembuatan reka bentuk asli serta penglibatan tempatan dalam reka bentuk, prototaip dan pengeluaran produk.
"Projek ini bukan hanya mengenai infrastruktur; ia adalah untuk mencipta peluang dan memacu pertumbuhan. Pemecut Semikonduktor Malaysia dan Dana Penjana VC adalah komponen penting dalam strategi kami untuk memupuk inovasi dan keusahawanan," katanya.
Amirudin berkata dengan menyediakan sumber dan pembiayaan yang penting, kerajaan negeri menyasar untuk mempercepat pertumbuhan syarikat pemula niaga dan syarikat yang telah lama beroperasi, mendorong mereka mencapai tahap kejayaan baharu.
Menurutnya, taman itu akan dapat menempatkan lebih 400 jurutera reka bentuk litar bersepadu dan telahpun diisi oleh lapan firma tempatan dan antarabangsa daripada MaiStorage, Skyechip, Weeroc dan AppAsia.
"rakan kongsi lain termasukBluechip VC, Cadence Design System, Synopsys, Siemens EDA, Keysight, dan ARM," katanya.
Amirudin berkata Koridor Semikonduktor Greater Klang Valley menawarkan ekosistem peneraju industri, institusi penyelidikan dan rakan kongsi rantaian bekalan yang tangkas.
"Lokasi strategik ini meningkatkan daya tarikan kami sebagai destinasi utama bagi syarikat semikonduktor, menawarkan peluang unik bagi kerjasama dan pertumbuhan.
"Semasa kami melancarkan projek ini, Selangor tidak berhasrat memainkan peranan kecil dalam bidang semikonduktor.
"Kita mesti mempunyai kelebihan dan meningkatkan rantaian nilai. Saya berhasrat melihat semikonduktor pada masa depan mempunyai label, 'Made in Malaysia, Designed in Selangor' (Dibuat di Malaysia, direka bentuk di Selangor)," katanya.
Meningkatkan kapasiti bakat dan mendorong pakar dalam reka bentuk IC
Amirudin berkata Selangor berhasrat melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan agar terserlah dalam industri berteknologi tinggi ini melalui perkongsian dengan institusi pendidikan terkemuka seperti Institut Semikonduktor dan AI Termaju Malaysia (MASAI) dan Sekolah Digital Selangor (SDS).
"Program latihan kami akan mendorong beribu-ribu pelajar, memberikan mereka persediaan untuk berdepan cabaran dan peluang masa depan," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin yakin perselisihan antara dua gergasi global Amerika Syarikat dan China, bukan sahaja mengenai pihak mana yang mempunyai kekuatan angkatan ketenteraan yang besar, sebaliknya siapa yang lebih memainkan banyak peranan dan harta intelektual dalam dunia digital.
"Ini akan menjadi pertarungan teknologi, dan semikonduktor akan menjadi nadi ekonomi global pada masa depan. Di Selangor, kami perlu bersedia untuk berdepan segala kemungkinan, dan kami mesti meningkatkan kapasiti bakat kami dan mendorong pakar dalam bidang reka bentuk IC," katanya.
Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia sedang giat mendapatkan calon mahir yang berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, mekatronik dan sains komputer, dengan menawarkan gaji sangat kompetitif.
Jawatan bagi pekerjaan peringkat permulaan menawarkan pendapatan mulai RM5,000 dan RM6,000 untuk siswazah baharu manakala individu yang mempunyai ijazah sarjana atau berpengalaman luas dalam industri berpeluang meraih pendapatan sehingga RM7,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Rafizi Ramli
#Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan