KUALA LUMPUR: Malaysia memperoleh pelaburan bernilai RM9.3 bilion menerusi Misi Perdagangan serta Pelaburan (TIM) terbaharu ke Jepun yang diketuai oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan, pelaburan itu merangkumi sektor strategik serta berpotensi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), penyelidikan dan pembangunan (R&D), biojisim, teknologi maklumat dan komunikasi, industri kimia dan makanan.
Antaranya projek pelaburan oleh Idemitsu Kosan Co Ltd dan Euglena Co Ltd serta projek pengembangan dan kepelbagaian pelaburan oleh Tosoh Corporation, NTT Corporation serta KOA Corporation.
"Pelaburan ini dijangka menjana peluang pekerjaan, peluang latihan kemahiran kepada pekerja tempatan selain menyumbang kepada pembangunan vendor tempatan.
"Tambahan lagi, RM300 juta potensi perdagangan diperoleh daripada TIM ini khusus untuk minyak sawit serta produk berkaitan minyak sawit, produk halal termasuk makanan dan minuman daripada Sumitomo Corporation serta ADEKA Corporation," katanya.
Jepun merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) utama Malaysia daripada segi pelaksanaan projek perkilangan, dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak US$688 juta (RM3.03 bilion) yang direkodkan dari Januari hingga Jun tahun ini.
Menurut MITI, Mohamed Azmin mengadakan mesyuarat dua hala yang sangat memuaskan membabitkan pelbagai spektrum dengan rakan sejawatannya, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun Nishimura Yasutoshi yang baru dilantik.
"Sehubungan itu, kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan mengenai kesan limpahan serta pengganda strategik yang bakal dimanfaatkan daripada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) termasuk Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik untuk Kemakmuran (IPEF).
"Berhubung memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Industri Pesawat yang dimeterai antara Malaysia dan Jepun, kedua-dua pihak telah menggariskan kerjasama untuk pertukaran maklumat bagi rantaian bekalan aeroangkasa, rangkaian perniagaan termasuk pembentukan Kumpulan Kerja Teknikal yang berdedikasi," katanya.
Mohamed Azmin turut menggariskan matlamat pembangunan mampan (SDG) Malaysia serta menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan syarikat dan industri Jepun bagi memastikan bekalan tenaga termasuk tenaga boleh diperbaharui yang stabil dengan bekerjasama rapat dengan syarikat utama Jepun untuk R&D dan tenaga hidrogen.
"Sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), misi ini menandakan penekanan yang lebih besar yang diberikan kepada agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di samping mempergiatkan fokus Malaysia ke arah sektor ekonomi digital, E&E, farmaseutikal, kimia dan aeroangkasa.
"Sehubungan itu, selain daripada pengimport yang berpotensi, Menteri Kanan juga bertemu dengan wakil-wakil syarikat terkemuka Jepun yang telah menyatakan minat untuk melabur atau mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia dalam sektor-sektor keutamaan ini," kata MITI.
Malaysia serta Jepun akan mengambil bahagian dalam penglibatan yang lebih besar untuk bekerjasama dalam pameran pembentangan di Forum Enjin Kobe 2022 menjelang 25 hingga 26 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
MITI berkata, pelaburan Jepun itu dijangka menjana peluang pekerjaan, peluang latihan kemahiran kepada pekerja tempatan selain menyumbang kepada pembangunan vendor tempatan. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.