Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini.
BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.
Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand di ranking ke-38.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua, mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.
"Indeks itu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, menjadikannya tempat menarik bagi tujuan pelaburan.
"Ranking ini bukan hanya berdasarkan keadaan sebelum ini namun ia juga berasaskan kepada jangkaan tentang keadaan semasa bagi tempoh lima tahun akan datang," menurutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud, berkata pengesahan berkenaan melenyapkan salah anggapan yang berlarutan serta membuktikan asas ekonomi negara yang semakin meningkat serta dasar pragmatik, proaktif dan berhemat kerajaan untuk menyusun semula dan mempelbagaikan ekonomi.
"Kedudukan itu mencerminkan kemajuan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan jentera kerajaan keseluruhannya," kata beliau.
BPI menggunakan pendekatan holistik berasaskan lapan faktor yang akan mempengaruhi kejayaan besar dalam pelaburan asing.
Faktor tersebut meliputi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan, jaminan fizikal, rasuah, pengambilalihan oleh kerajaan, eksploitasi oleh rakan kongsi tempatan, kawalan modal dan kadar tukaran.
Ia turut menggabungkan perubahan yang dibuat Bank Dunia terhadap penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar seperti kaedah yang disemak semula untuk membandingkan taraf hidup di kesemua negara yang berkenaan.
Bernama
Mon Jul 13 2015
Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas dalam indeks tersebut.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah
Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.
‘The Experts’ tampil genre berlainan buat peminat
Teruja, kelakar dan mendebarkan.
Itulah perasaan yang sesuai digambarkan, apabila menyaksikan filem terbitan terbaharu astro shaw, 'The Experts' dalam malam galanya pada Jumaat.
Itulah perasaan yang sesuai digambarkan, apabila menyaksikan filem terbitan terbaharu astro shaw, 'The Experts' dalam malam galanya pada Jumaat.
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Malaysia ranking ke-6 indeks destinasi paling menarik pelabur asing global
Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan ke-6 mengikut Indeks Keberuntungan Asas tahun ini.