awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedang perhebat kemampuan dalam industri semikonduktor - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
10/09/2024
00:00 MYT
Malaysia sedang perhebat kemampuan dalam industri semikonduktor - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (tengah) bercakap pada sesi forum Bloomberg secara maya bertemakan 'Spotlight on ASEAN Business: Charting New Frontiers' di Kuala Lumpur, pada Isnin. - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang memperhebat keupayaannya dalam industri semikonduktor dan melonjakkan kedudukan dalam rantaian bekalan dengan menumpukan segmen 'front-end' atau proses awal termasuk fabrikasi.
Ketika berkongsi usaha itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini penting memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dalam sektor berkenaan, termasuk sebagai pemain utama dalam industri elektrikal dan elektronik sejak lebih lima dekad lamanya.
Beliau berkata eksport semikonduktor pada masa ini menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan eksport negara manakala sumbangan dalam pasaran global pula mencecah enam peratus.
"Kita mempunyai kelebihan ini berikutan rekod prestasi dan ekosistem yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan dan multinasional.
"Kehadiran syarikat multinasional ini turut mewujudkan pelbagai peluang bagi membolehkan syarikat tempatan berkembang," katanya.
Bercakap pada sesi forum Bloomberg secara maya bertemakan 'Spotlight on ASEAN Business: Charting New Frontiers,' pada Isnin, Tengku Zafrul berkata Malaysia juga menyasarkan untuk meningkatkan lagi kedudukan dalam segmen 'front-end' sektor berkenaan.
"Kalangan syarikat-syarikat juga bergerak ke arah sama. Mereka akan ke Malaysia dan ini dapat anda lihat menerusi pelaburan dalam jumlah yang besar," katanya.
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata terdapat banyak peluang untuk kalangan anggota ASEAN bekerjasama bagi melonjakkan industri semikonduktor, termasuk mewujudkan satu ekosistem dalam rantau itu.
Beliau turut merujuk contoh bagaimana syarikat-syarikat di Singapura bertindak mengembangkan operasi ke Malaysia dengan proses 'front-end' berkenaan kebanyakannya dijalankan di Singapura manakala operasi pertengahan sehingga 'back-end' seperti pembungkusan pula bertumpu di Malaysia.
Dalam pada itu ASEAN juga, kata Tengku Zafrul, mempunyai kelebihan lain yang dapat memacu pertumbuhan industri semikonduktor dalam rantau berkenaan seperti tenaga hijau.
"Sektor ini memerlukan banyak tenaga dan syarikat-syarikat pula mahukan tenaga hijau. Semua pihak mahu menepati objektif dan agenda kemampanan masing-masing.
"Malaysia sedang melabur dalam tenaga hijau bagi menyokong industri ini dan saya yakin negara-negara anggota ASEAN lain akan turut melakukan perkara sama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri semikonduktor
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#ASEAN
#syarikat singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan