awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus perkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dengan rakan strategik global - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
12/07/2025
07:00 MYT
Malaysia terus perkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dengan rakan strategik global - Tengku Zafrul
Malaysia komited untuk memperkukuh jalinan perdagangan dan pelaburan dengan rakan-rakan strategik dari pelbagai benua. - Foto X @tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan delegasi peringkat tinggi dari Australia, Pakistan, Republik Turkiye dan Palestin baru-baru ini menggariskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh jalinan perdagangan dan pelaburan dengan rakan-rakan strategik dari pelbagai benua.

Ringkasan AI
  • Malaysia kukuhkan hubungan ekonomi dengan rakan pelbagai benua: PM Anwar bertemu delegasi dari Australia, Pakistan, Turkiye dan Palestin bagi memperkuatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan strategik.
  • Penambahbaikan FTA dan sokongan ekonomi Palestin: Malaysia bincang semakan perjanjian perdagangan bebas sedia ada (MAFTA, MPCEPA, MTFTA) dan terus menyokong ekonomi Palestin.
  • Fokus pada sektor halal dan teknologi mampan: Negara-negara digalakkan sertai MIHAS 2025 serta teroka peluang dalam industri halal, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perbincangan merangkumi pelbagai inisiatif strategik termasuk semakan semula perjanjian perdagangan bebas (FTA) seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA).
Minggu yang penuh dengan diplomasi ekonomi di Putrajaya! YAB PM menyambut kunjungan hormat delegasi peringkat tinggi dari Australia (diketuai Senator Penny Wong), Pakistan (diketuai Senator Mohammad Ishaq Dar), Republik Türkiye (diketuai TYT Hakan Fidan), dan Palestin pic.twitter.com/mCsl99Gx64
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) July 12, 2025
Selain itu, katanya pengembangan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) kepada sektor perkhidmatan dan pelaburan serta sokongan berterusan terhadap ekonomi Palestin.
"Kami juga menggalakkan penyertaan aktif kesemua negara ini dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025, platform halal terbesar dunia serta meneroka peluang dalam sektor berteknologi tinggi dan mampan seperti tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan industri halal.
"Matlamat kita jelas: memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, berdaya tahan dan membawa kemakmuran bersama," katanya dalam hantaran di platform X hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan perdagangan
#rakan strategik global
#Tengku Zafrul
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan