Keputusan kerajaan memperkenalkan penggunaan biodiesel B7 untuk sektor industri serta meningkatkannya untuk sektor pengangkutan kepada B10, dilihat mampu merancakkan semula industri biodiesel negara, kata Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad berkata industri biodiesel kini kurang berdaya saing disebabkan harga minyak mentah dunia yang rendah dan sangat bergantung kepada mandat kerajaan untuk meningkatkan permintaannya.
"Berdasarkan pelaksanaan kedua-dua mandat baharu itu, FGV menjangkakan peningkatan minimum 40 peratus dalam permintaan biodiesel tempatan," katanya dalam satu kenyataan.
Zakaria berkata penggunaan biodiesel yang lebih tinggi akan mengurangkan stok minyak sawit mentah dan keadaan ini akan membantu menstabilkan harga komoditi berkenaan untuk jangka masa panjang.
"Sejak 2015, FGV melaksanakan penggunaan B30 untuk kegunaan dalaman secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kemampanan operasi serta bagi membuktikan keberkesanan biodiesel sebagai bahan bakar alternatif terbaik," kata Zakaria.
Bernama
Mon Jun 06 2016
ZAKARIA: FGV menjangkakan peningkatan minimum 40 peratus dalam permintaan biodiesel tempatan.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
FGV serah kepada kerajaan putuskan kedudukan tiga lantikan utama Lembaga Pengarah
Walaupun kerajaan baharu mempunyai kuasa menukar lantikan terbabit, ia sewajarnya memastikan tadbir urus korporat yang baik.
Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV
Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021.
Keuntungan sebelum cukai FGV meningkat 60 peratus
FGV berkata, peningkatan ini didorong oleh prestasi baik sektor perladangan dan logistik dan lain-lain (LO).
FGV: Zakaria Arshad kembali bertugas berkuat kuasa 16 Oktober
FGV dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (KKD).
Kerajaan perlu benarkan pemandu teksi tubuh kesatuan - Perjiwa
Pemandu teksi menuntut kerajaan membenarkan penubuhan sebuah kesatuan bagi membela nasib mereka seperti pekerja-pekerja sektor lain di negara ini.
Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber
Tan Sri Sulaiman Mahbob dikatakan bakal mengambil alih jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dari Tan Sri Isa Samad.
Tahun paling mencabar berakhir, muncul lebih kukuh pada 2017 - FGV
Selepas mengharungi tahun yang mencabar, yang menyaksikan sahamnya merosot, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) optimis muncul sebagai organisasi yang lebih kukuh.