JEMPOL:Peniaga disaran memanfaatkan sepenuhnya dana yang disediakan kerajaan untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19, kesempatan itu seharusnya dimanfaatkan peniaga bagi menjana pendapatan.
"Hari ini saya melawat usahawan di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)... kita nak lihat sendiri bagaimana pengusaha IKS (Industri Kecil dan Sederhana) telah berjaya menghasilkan produk-produk, insya-Allah dapat dipasarkan.
"Saranan saya kepada usahawan semasa PKP ini, mereka sepatutnya mengambil peluang itu dengan memulakan perusahaan dan tidak berputus asa. Kita dapat melihat perniagaan dalam talian, kerajaan telah membantu dengan memberi dana untuk peniaga memulakan perniagaan dalam talian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dua usahawan di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di Kampung Serting Ilir. Turut hadir Pengerusi RISDA Datuk Mohd Salim Sharif.
AET adalah program di bawah RISDA yang bertujuan menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan tambahan.
Tengku Zafrul kemudian merasmikan Pusat Program Pembelajaran Digital dan Multimedia di sini yang menyediakan kemudahan Internet bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menteri Kewangan itu, yang dalam lawatan kerja ke daerah Jempol, turut menyerahkan sumbangan tablet kepada 20 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga kurang berkemampuan (B40).
Pengurus pusat berkenaan Nurul Azma Shafiqah Khairul Azhar pula berkata buat masa ini, pusat tersebut dilengkapi tujuh komputer riba dan sebuah Televisyen Pintar bagi kegunaan PdPR.
"Pusat ini baru beroperasi minggu lepas dengan tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak ramai serta tidak cukup peranti bagi keperluan PdPR.
"Sambutan menggalakkan dan pusat ini mampu memuatkan seramai 10 pelajar dengan mengambil kira penjarakan fizikal," katanya sambil menambah pusat itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021

Tengku Zafrul memenyampaikan tablet kepada salah seorang pelajar bagi membolehkan mereka meneruskan PdPR pada Program Pembelajaran Digital dan Multimedia di Pusat Komuniti Desa Kampung Serting, hari ini. - Foto BERNAMA
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892951/40992816701614558687189_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 hari ini
Kementerian Pendidikan membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Pengarah klinikal Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, kawasan pedalaman London mencatat setakat ini, vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

AWANI Ringkas: PBB - 18 mati ditembak di Myanmar

Akta 446 | Kerajaan akan bantu majikan dapatkan perakuan
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa bersedia untuk membantu majikan-majikan yang masih belum menerima perakuan berkaitan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, pihaknya juga terbuka untuk sebarang sesi libat urus melibatkan kumpulan majikan atau kontraktor bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka khususnya melibatkan kewangan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia cecah 113.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Petugas kesihatan di United Kingdom bimbang program vaksinasi dalam kalangan kumpulan etnik berlainan di negara itu tidak seimbang. Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, di kawasan pedalaman London menjelaskan, setakat ini vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

COVID-19 | Angka korban global kini cecah 2.52 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.52 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 513 ribu kes

AWANI Ringkas: PM sampaikan amanat setahun Malaysia Prihatin

Lebih 20 juta penduduk UK terima dos pertama vaksin COVID-19
Data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR bermula hari ini - Tengku Zafrul
Seramai 2.54 juta penerima akan menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.

Program imunisasi bawa pemulihan ekonomi ke landasan tepat - Tengku Zafrul
Rancangan pemulihan ekonomi Malaysia berada di landasan tepat selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hari ini.

Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

Permohonan i-Sinar diberi kelulusan bermula 8 Mac
Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

Kerajaan lulus 1.245 bilion untuk PKS - Tengku Zafrul
Peruntukan sejumlah RM2 bilion di bawah program itu mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

Kerajaan, KWSP akan permudahkan proses kelulusan i-Sinar
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah memohon atau permohonan sedang diproses.

Manfaat dana kerajaan pasar produk dalam talian - Tengku Zafrul
Ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesempatan itu seharusnya dimanfaatkan peniaga bagi menjana pendapatan.

KWSP dalam proses mansuhkan kriteria i-Sinar
Pemansuhan kriteria i-Sinar ini akan melibatkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Kerajaan salur RM1.23 bln di bawah skim pembiayaan PKS Penjana - Tengku Zafrul
Skim Pembiayaan PKS PENJANA dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

Kerajaan fokus tingkat kesihatan awam, peluang pekerjaan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan komitmen kerajaan untuk menambah baik sektor kesihatan awam.