awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor terus berkurangan

Bernama
Bernama
10/04/2025
01:40 MYT
Mangsa banjir di Johor terus berkurangan
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menunjukkan penurunan pagi ini, dengan 290 orang daripada 96 keluarga berbanding 309 mangsa daripada 104 keluarga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr. Azmi Rohani, berkata kesemua mangsa yang terjejas di daerah Batu Pahat masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
Menurut beliau mangsa adalah penduduk di Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan, dan Kampung Parit Samijan.
"Dua sungai dilaporkan berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat dengan bacaan 3.13 meter dan Sungai Batu Pahat pada paras bacaan 2.30 meter, manakala sungai-sungai lain di negeri ini berada pada paras normal.
"Sementara itu, keadaan cuaca dilaporkan cerah di semua daerah setakat pagi ini, dan tiada amaran ribut petir," katanya dalam kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#banjir johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan