KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,620 unit hartanah dengan nilai keseluruhannya mencecah RM450 juta ditawarkan dalam Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2022 bermula semalam hingga Sabtu di Kuala Terengganu City Centre, di sini.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu Mohamad Hishamudin Muda berkata kesemua hartanah terbabit ditawarkan oleh sembilan pemaju yang menyertai ekspo kali ini.
Hartanah itu termasuk rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah berkembar, kedai pejabat, banglo serta unit-unit komersial.
"MAPEX adalah pusat sehenti yang mengumpulkan pemain industri pembangunan hartanah dan menawarkan produk dalam pembinaan atau siap. Malah, pakej pembiayaan istimewa turut ditawarkan kepada bakal pembeli.
"REHDA Cawangan Terengganu berharap orang ramai akan memanfaatkan ekspo ini untuk mencapai impian memiliki rumah sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran MAPEX Terengganu 2022 oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Alam Sekitar negeri Ahmad Shah Muhamed, semalam.
MAPEX 2022 diadakan dengan kerjasama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang juga antara peneraju utama pembangunan sektor hartanah dan perumahan di Terengganu selain institusi perbankan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Terdahulu, Ahmad Shah yang membacakan teks ucapan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pelbagai inisiatif telah dirangka serta diteliti oleh kerajaan negeri bagi memastikan pemilikan hartanah yang seimbang untuk setiap golongan rakyat.
"Kerajaan Terengganu juga telah bersetuju untuk memberikan Pengecualian Caj Pemajuan bagi pembangunan secara penswastaan melibatkan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A dan B di tanah kerajaan, bermula April lepas.
"Keputusan ini bagi membantu dan menggalakkan pemaju menyediakan lebih banyak RMM kepada rakyat negeri ini agar lebih ramai dapat memiliki rumah," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap agar institusi kewangan turut memberi sedikit kelonggaran dari segi kelulusan pinjaman perumahan yang sering menjadi rungutan rakyat selama ini.
Beliau juga menggesa agar pemaju membuat kajian pasaran secara teliti terlebih dahulu sebelum melancarkan sesuatu projek bagi memastikan harga dan jenis kediaman menepati kehendak pasaran serta kelayakan pinjaman.
"Jika projek tidak menepati kehendak pasaran sebenar, ia akan menyebabkan lambakan hartanah tidak terjual dan menjejaskan aliran tunai sesebuah syarikat.
"Kita juga tidak mahu projek tersebut gagal disiapkan atau terbengkalai yang akan hanya merugikan semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

MAPEX adalah pusat sehenti yang mengumpulkan pemain industri pembangunan hartanah dan menawarkan produk dalam pembinaan atau siap dan pakej pembiayaan istimewa untuk bakal pembeli. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.

Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai
Siri nombor pendaftaran kenderaan 'UG' yang bermaksud 'Universiti Guru' akan dibuka untuk bidaan mulai 1 Julai ini.

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

Haji: Jemaah diingat jaga kebersihan, nama baik Malaysia
Seiring kempen 'Kebersihan Mencerminkan Kemakburan Haji', jemaah Malaysia bukan sahaja diingatkan tentang kepentingan bergotong-royong, tetapi juga keperluan menjaga nama baik negara.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Agenda AWANI: World Urban Forum (WUF11) | Rejuvenasi bandar, mesra rakyat
Bagaimana bandar sedia ada boleh melalui proses rejuvenasi untuk menambahbaik kemudahan sedia ada yang mampu memberikan impak positif dan persekitaran berkualiti kepada hidup rakyat?

BYDPA | Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat Sarjana.

Kebebasan Bersuara | Forum berkaitan kebebasan bersuara perlu diperbanyakkan
Ruang perbincangan tentang kebebasan bersuara perlu lebih diperbanyakkan sekiranya mahu masyarakat mencapai kematangan dan bersedia menghadapinya.
![[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha [TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975873/thumbnails/8967789641656505123885_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Ikuti pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M.

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

MAPEX Terengganu 2022 tawar 1,620 unit hartanah bernilai RM450 juta
Kesemua hartanah terbabit ditawarkan oleh sembilan pemaju yang menyertai ekspo kali ini.