awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap takziah atas pemergian ibu Dr Zaliha

Bernama
Bernama
20/12/2025
22:00 MYT
Anwar ucap takziah atas pemergian ibu Dr Zaliha
Anwar turut mendoakan agar Dr Zaliha serta seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan jiwa dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian yang berat berkenaan. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa iaitu Allahyarham Halimah Yaacob.
Dalam hantaran di Facebook beliau, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima khabar duka berkenaan dengan penuh rasa dukacita.
"Kami menzahirkan ucapan takziah, serta mendoakan roh Allahyarhamha dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman," kata Perdana Menteri.
Anwar turut mendoakan agar Dr Zaliha serta seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan jiwa dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian yang berat berkenaan.
Allahyarham Halimah, 77, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.23 malam di kediaman Dr Zaliha di Putrajaya dan jenazahnya akan diuruskan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor bagi urusan pengebumian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Zaliha Mustafa
#Allahyarham Halimah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan