Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan penjualan satu daripada hartanah milik agensi kerajaan itu di Australia.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, langkah itu dilakukan bagi menjelaskan hutang untuk membeli aset berkenaan.
"Kita perlu menguruskan hartanah kita di Australia. Saya ingin maklumkan bahawa baru-baru ini kita putuskan untuk menjual satu daripada hartanah kerana saya mahu mereka melunaskan hutang (dengan bank), kerana nisbah hutang tinggi dan pembelian bangunan di Australia dilakukan melalui pinjaman bank Australia," katanya dalam sidang media selepas Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini hari ini.
BACA: MARA tidak kompromi tangani skandal hartanah Australia - Annuar
BACA: Mara sedia bekerjasama dalam siasatan pembelian hartanah Australia
Jelasnya lagi, penjualan hartanah itu dibuat secara tender terbuka.
"Jadi saya tidak mahu mereka Mara terus kekal dengan nisbah hutang yang tinggi dengan menjual satu daripada empat hartanah yang kita ada di Australia.
"Penjualan hartanah itu dibuat secara tender terbuka dan diuruskan oleh firma antarabangsa. Ia juga telah dibuat beberapa bulan lalu. Kami kemudian menggunakan hasil penjualan berkenaan untuk membayar balik pinjaman dengan dua bank di Australia," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan harga penjualan hartanah berkenaan kerana perlu merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Dalam pada itu, Annuar menjelaskan, penjualan hartanah dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian hartanah berkenaan adalah dua isu berbeza.
Justeru, beliau tidak akan menyentuh mengenai siasatan kes berkenaan kerana perkara berkenaan terletak di bawah bidang kuasa SPRM untuk melakukan tindakan seterusnya.
Mara memiliki empat hartanah mewah di Australia iaitu 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Melbourne; 333 Exhibition Street, Melbourne; 51 Queen Street, Melbourne dan 746 Swanston Street, Carlton, Melbourne.
Isu pembelian hartanah oleh sayap pelaburan Mara Inc sebelum ini turut menjadi tumpuan selepas akhbar Australia The Age melaporkan pembelian satu blok pangsapuri di Melbourne yang turut melibatkan pegawai agensi itu pada harga yang menjangkaui harga pasaran.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 09 2017
ANNUAR: Mara mengumumkan penjualan satu daripada hartanah milik agensi kerajaan itu di Australia. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.