MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.
Parti Islam Malaysia (Pas) menegaskan, keutamaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah memastikan kemenangan, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11.
Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, malam tadi.
Mahkamah Koroner mendengar keterangan pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Linah Mansoding @ Jaliha berhubung kejadian membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir di asrama sekolah itu pada 16 Julai lalu.
Pembangunan ekonomi dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka menjadi isu tumpuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan diadakan pada bila-bila masa, kata Felow Penyelidik ILHAM Centre Mujibu Abdul Muis.
Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan wakil kerajaan berhubung isu pengosongan rumah di kawasan berkenaan, seperti yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemain industri semikonduktor untuk menjalin kerjasama secara pro bono dengan universiti di seluruh negara, dalam usaha membangunkan kepakaran tempatan dan modal insan dalam sektor berteknologi tinggi.
7. Kampung Sungai Baru: Identiti Melayu dijamin kekal, penduduk terima bantuan sementara - Dr Zaliha
Kerajaan memberi jaminan identiti Kampung Sungai Baru sebagai penempatan Melayu akan dikekalkan meskipun kawasan itu sedang melalui proses pembangunan semula.
Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru menafikan dakwaan kononnya pemilik rumah di kawasan terlibat menerima pampasan sehingga mencecah RM3.8 juta seperti digembar-gemburkan segelintir pihak.
Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan dengan kedua-dua Kerajaan Sarawak dan Sabah, tentang Perjanjian Malaysia 1963.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak, namun tertakluk rundingan lanjut dan kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami