awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/05/2022
04:19 MYT
Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia - Pakar
Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, di tengah-tengah permintaan kukuh terhadap dolar AS. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai mata wang tidak hanya eksklusif kepada Ringgit, sebaliknya melibatkan banyak lagi mata wang lain.
Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, antara mata wang lain yang turut terkesan seperti Yen, Yuan, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc.
Jelasnya, kejatuhan mata wang tersebut bukan disebabkan oleh ia melemah, sebaliknya dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh.
"Dolar AS telah mengukuh dengan indeks peningkatan 6.8 peratus.
"Banyak negara yang turut terkesan dan ringgit tidak terkecuali.
"Saya menjangkakan ringgit akan diniagakan sekitar 4.25 dan 4.50 kerana pelabur melihat dolar AS dan emas sebagai keutamaan mereka," katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI pada Isnin.
Beliau pada masa sama meletakkan keyakinan yang rendah kepada pengukuhan mata wang dolar AS.
"Saya tidak yakin kepada Dolar AS kerana jika anda merujuk kepada laporan Goldman Sachs, JP Morgan dan Bank of America, semuanya menjangkakan Dolar AS akan melemah terutama pada separuh pertama tahun ini.
"Ini kerana peningkatan Dolar AS tidak baik bukan sahaja kepada ekonomi AS tetapi juga ekonomi global," katanya.
Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding Dolar AS pada awal dagangan hari ini, di tengah-tengah permintaan kukuh terhadap dolar AS.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3745 berbanding Dolar AS daripada 4.3650 sewaktu ditutup pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#ringgit
#kejatuhan nilai ringgit
#dolar Amerika Syarikat
#Shan Saeed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan