Penggunaan sistem mata wang tunggal bagi blok negara Islam tidak boleh dilaksanakan selagi tiada persefahaman dan perpaduan antara negara-negara Islam.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC), Tan Sri Mohd Munir Majid berpendapat pembangunan komuniti ekonomi dalam blok itu juga perlu didahulukan sebelum melaksanakan sistem mata wang tunggal.
Jelas beliau, bagi mewujudkan sistem mata wang tunggal, ia memerlukan persetujuan pembangunan ekonomi bersama, dasar polisi fiskal serta komitmen dan pembangunan ke atas polisi yang dipersetujui.
Munir yang juga Pengerusi Institut Penyelidikan ASEAN CIMB turut mengambil contoh usaha pembentukan sebuah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) juga tidak melihat penggunaan mata wang tunggal di rantau ASEAN dapat dilaksanakan.
"Tahap pembangunan dan sistem serta cara pengurusan ekonomi yang berbeza di setiap negara adalah sebab utama ia (penggunaan mata wang tunggal) tidak dapat dilaksanakan.
"Di Eropah juga, terdapat banyak cabaran dalam penggunaan mata wang Euro, terutamanya dalam isu polisi fiskal bersama kerana tanpa polisi fiskal bersama yang kukuh, pelaksanaan itu sukar untuk bertahan," tegas Munir.
Beliau juga yakin penggunaan mata wang tunggal di kalangan blok negara Islam tidak dapat dilaksanakan, memandangkan persekitaran blok negara Islam masih jauh dari keamanan.
"Jika dilihat, sangat jelas kesemua negara Islam tidak bersama dalam isu menyelamatkan orang Islam yang bermasalah.
"Lupakan kerjasama dalam memacu ekonomi menggunakan mata wang tunggal atau sedemikian, perjalanan kami masih jauh," katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI, di sini hari ini.
Munir mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan penggunaan mata wang tunggal untuk blok negara Islam adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang.
Kenyataan itu dibuat pada sidang media selepas merasmikan Forum Ekonomi Islam Sedunia WIEF di ibu negara pada Selasa.
Tegas Munir, krisis dan pergolakan yang berlaku di antara negara-negara Islam perlu diselesaikan sebelum melaksanakan usaha membangunkan ekonomi termasuk sistem mata wang tunggal.
''Kita perlu selesaikan perkara yang lebih penting dan tunjukkan kebolehan untuk mengambil langkah seterusnya, yang lebih sukar," kata Munir lagi.
Beliau turut kecewa dengan negara-negara Islam yang bersikap negatif dalam membantu negara Islam lain yang bermasalah.
Tambahnya, cadangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar sistem kewangan Islam digunakan untuk krisis kemanusiaan, melalui penerbitan sukuk khas, wakaf atau zakat bagi membantu negara Islam yang bermasalah khususnya pelarian muslim merupakan satu langkah segera yang boleh dilaksanakan.
Dania Zainuddin
Wed Nov 04 2015
Munir yakin penggunaan mata wang tunggal di kalangan blok negara Islam tidak dapat dilaksanakan, memandangkan persekitaran blok negara Islam masih jauh dari keamanan. - Gambar Fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN bincang isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN destinasi pelaburan asing yang lebih menarik.
Brexit bukti pendekatan Asean berhasil - Nazir Razak
Nazir turut berkata kekurangan kejelasan mengenai kemungkinan hasil rundingan Brexit menunjukkan ia sukar untuk membuat sebarang jangkaan.
WEF 2016: ASEAN perlu tumpu empat faktor pacu potensi, kejayaan AEC - Nazir Razak
ASEAN mempunyai alasan kukuh untuk optimis terhadap masa depannya dengan syarat setiap kerajaannya menyedari kepentingan penyepaduan mereka bagi merealisasikan potensi masing-masing.
ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian
Global Entrepreneurship Monitor (GEM), mendapati ASEAN amat sesuai untuk keusahawanan yang dipacu oleh inovasi.
Polisi domestik ASEAN perlu selari untuk maksimumkan potensi - Rafidah Aziz
Agenda ASEAN perlu dijadikan tunjang setiap inisiatif kementerian di semua negara anggota.
Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid
Penggunaan sistem mata wang tunggal bagi blok negara Islam tidak boleh dilaksanakan selagi tiada persefahaman dan perpaduan antara negara-negara Islam.
AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa
Cadangan Malaysia untuk membentuk satu komuniti ekonomi tunggal di ASEAN menjelang penghujung tahun ini, kini di landasan yang tepat dan siap 91.5 peratus.
AEC bakal jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi
ASEAN kini benar-benar meraih tarikan sebagai satu entiti ekonomi berpotensi dengan prospek mega dalam perdagangan dan pelaburan.