KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memulakan inisiatif mempromosi syarikat-syarikat pembinaan dan berkaitan menerusi acara Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Indonesia yang dijadualkan pada 18-21 Dis, 2023.
Dalam kenyataannya hari ini, ia berkata, delegasi Malaysia merangkumi wakil agensi itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Invest Selangor, 24 syarikat dan jabatan lain kerajaan pada tahun ini.
"Delegasi Malaysia akan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang seperti pembinaan, seni bina, projek hartanah, perkhidmatan kejuruteraan, elektronik dan infrastruktur dengan misi itu secara strategik bertujuan untuk penciptaan, pembangunan, pelaksanaan dan kemampanan projek," katanya.
Misi empat hari itu akan turut mengetengahkan beberapa siri program bersama Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia (PUPR), (Pihak Berkuasa) Otorita Ibu Kota Nusantara (OIKN), Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu (DPMPTSP) Kalimantan Utara, Badan Pengusahaan Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam), Nusantara Global, Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI).
Menurut agensi itu, MATRADE akan menganjurkan sesi pembentangan, perkongsian idea dan mesyuarat padanan perniagaan dengan rakan yang berpotensi untuk mempromosi dan meningkatkan lagi eksport pembinaan dan perkhidmatan berkaitan ke Indonesia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sharimahton Mat Saleh berkata, industri pembinaan Indonesia dijangka mencecah 333 trilion rupiah Indonesia pada 2023.
"Ini termasuk 47 peratus dalam sektor awam dan 53 peratus dalam sektor bangunan.
"Kerajaan Indonesia komited untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor prasarana. MATRADE telah menganjurkan acara dan program khusus bagi meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysa ke Indonesia.
"Inisiatif yang sedang dilaksanakan ini menekankan lagi komitmen MATRADE untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia dalam merebut prospek perniagaan menerusi kerjasama atau usaha sama strategik.
"Sudah pasti usaha ini akan menumpukan peluang baharu muncul daripada ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan," katanya.
Jumlah eksport perkhidmatan pembinaan Malaysia pada 2022 mencecah nilai RM6.1 bilion manakala import RM4.8 bilion berbanding keseluruhan eksport perkhidmatan sebanyak RM140.3 bilion.
Kekuatan sektor pembinaan Malaysia adalah bersandarkan keupayaan syarikat-syarikat terbabit melaksanakan projek, termasuk pembinaan bangunan, jalan raya dan lebuh raya, landasan kereta api, jambatan dan lapangan terbang.
Projek lain adalah loji rawatan air serta kuasa, fabrikasi struktur keluli dan projek pembangunan bercampur seperti perumahan, hotel, kediaman santai dan mewah selain penyelenggaraan bangunan. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
MATRADE akan memulakan inisiatif mempromosi syarikat-syarikat pembinaan dan berkaitan menerusi acara Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Indonesia yang dijadualkan pada 18-21 Dis, 2023.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
12 syarikat Malaysia sertai pameran dagangan di Dubai
Penyertaan syarikat terbabit dalam pameran dagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan itu diselaraskan oleh MATRADE.
Eksport perabot naik 18 peratus kepada RM8.5 bilion - MFC
Jumlah keseluruhan eksport perabot, termasuk perabot kayu ialah RM8.50 bilion berbanding RM7.20 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.