Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mempergiatkan aktiviti perniagaan di sini memandangkan Singapura bakal mengambil alih jawatan pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) tahun depan, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharimahton Mat Saleh.
Beliau berkata, bukan hanya di Singapura, malah Matrade akan meningkatkan aktivitinya di seluruh ASEAN memandangkan banyak peluang dan kerjasama diwujudkan selepas perkumpulan itu meraikan ulang tahun ke-50 pada Ogos lepas.
"Keseluruhannya, kebanyakan produk syarikat peringkat pertengahan (MTC) kita menepati keperluan ASEAN," katanya kepada Bermama ketika ditemui di luar Sesi Perkongsian dan Jaringan sempena Akses Pasaran MTC Malaysia ke Singapura baru-baru ini
Beliau berkata, pasaran ASEAN dan MTC Malaysia saling memerlukan antara satu sama lain dan Malaysia tidak boleh melepaskan peluang pasaran sangat luas itu.
Bagi pasaran Singapura, katanya, terdapat MTC Malaysia yang telah mengeksport ke republik ini menerusi usaha mereka sendiri.
"Mereka berpendapat tidak perlu untuk mendapatkan bantuan kami (Matrade), namun kami merasakan mereka perlu mendapat dorongan tambahan daripada kerajaan. Oleh itu, di sini dengan bantuan rakan sejawat kami, mereka telah diperkenalkan kepada pihak baharu. Pastinya, ia memberi nilai tambah," katanya.
Menurut laman web Matrade, Program Pembangunan MTC ditubuhkan pada 2014 untuk membantu MTC Malaysia mempercepatkan pertumbuhan eksport dan memperkukuhkan peranan perniagaan teras masing-masing.
Setiap tahun, hanya 50 MTC berprestasi tinggi dipilih untuk menyertai program selama sembilan bulan.
MTC ditakrifkan sebagai syarikat yang merekodkan perolehan tahunan antara RM50 juta dan RM500 juta dalam sektor pembuatan, serta antara RM20 juta dan RM500 juta dalam sektor lain.
Sharimahton berkata, setakat ini terdapat 173 MTC di bawah bidang kuasa Matrade.
Antaranya ialah Secret Recipe, Pelita, Royal Selangor, Tomei, Coolblog dan Marrybrown.
MTC mewakili sumber kekuatan penting di sebalik ekonomi Malaysia.
Terdapat hampir 10,000 MTC di Malaysia, walaupun merangkumi hanya satu peratus daripada kesemua syarikat Malaysia, MTC secara terkumpul menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan mempunyai lebih 22 peratus daripada jumlah tenaga kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
Matrade akan mempergiatkan aktiviti perniagaan di sini memandangkan Singapura bakal mengambil alih jawatan pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) tahun depan. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.