awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matrade rangka 286 program tahun ini bantu lonjakkan eksport negara

Dagang News
Dagang News
22/01/2022
01:00 MYT
Matrade rangka 286 program tahun ini bantu lonjakkan eksport negara
Matrade merangka 286 program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport bagi 2022 dalam usahanya melonjakkan eksport negara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merangka 286 program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport bagi 2022 dalam usahanya melonjakkan eksport negara.
Kesemua program itu adalah berdasarkan hala tuju strategik yang digariskan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp), dengan lebih menekankan pendigitalan dan kemampanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara perlu bersedia, dan digalakkan melibatkan diri dengan Matrade untuk pelbagai program sokongan dan penggalakan yang boleh mereka manfaatkan.
Ini kerana katanya, Matrade telah merangka program penggalakan eksport terdiri daripada Pameran Perdagangan, Misi Pecutan Eksport (EAM) dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena dengan acara perdagangan antarabangsa utama.
“Matrade juga akan terus mempergiatkan program eBizMatch, platform pertemuan perniagaan secara dalam talian antara syarikat Malaysia dan pembeli asing dari seluruh dunia yang diatur lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sektor strategik terutama elektrik dan elektronik, aeroangkasa, perubatan, minyak dan gas, bahan binaan, makanan dan minuman, produk dan perkhidmatan hijau, perkhidmatan lain, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, logistik dan perkhidmatan profesional akan dipromosikan.
Sementara itu, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-18 akan dianjurkan secara format hibrid pada September 2022, menarik peserta halal global untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pameran perdagangan halal terbesar dunia.
Matrade menyokong syarikat-syarikat Malaysia dengan menyediakan kemudahan dan bantuan untuk menjadi juara global melalui pelbagai program pembangunan pengeksport.
Ini meliputi aktiviti bimbingan pengeksport yang penting, dalam bidang seperti akses pasaran, garis panduan perdagangan, pembiayaan dan penjenamaan, inisiatif pendigitalan dan kemampanan. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Matrade
#286 program pembangunan pengeksport
#NTBp
#Mohd Mustafa Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan