awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji

Bernama
Bernama
07/11/2023
23:15 MYT
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
Matrade berkata EAM akan datang memberi peluang kepada lima syarikat Malaysia untuk mengembangkan kedudukan di rantau ini menerusi perkembangan terkini pasaran, sesi pembentangan idea dan mesyuarat perniagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengeksport Malaysia digesa memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan New Zealand dan minat perniagaan Fiji yang semakin berkembang dalam pempelbagaian untuk melonjakkan eksport mereka dari semasa ke semasa.
Pengarah Seksyen China dan Asia Timur dan Seksyen Asean dan Oceania Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Mazlan Harun berkata, ini berikutan New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
"Berikutan pemulihan ekonomi yang sedang berlaku, Matrade memanfaatkan platform digital untuk mempercepat eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia ke New Zealand dan Fiji menerusi Misi Pemecutan Eksport (EAM) Maya (yang akan diadakan) mulai 8-10 Nov 2023.
"Sebagai lanjutan daripada EAM pada 2019, misi seterusnya ini akan menawarkan syarikat Malaysia satu platform untuk meneroka peluang eksport berpotensi bagi perkhidmatan pendidikan, makanan dan minuman, barangan isi rumah dan perubatan pakai buang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Matrade berkata EAM akan datang, memberi peluang kepada lima syarikat Malaysia untuk mengembangkan kedudukan mereka di rantau ini menerusi perkembangan terkini pasaran, sesi pembentangan idea dan mesyuarat perniagaan dengan pengimport berpotensi daripada kedua-dua negara.
Bagi pasaran Oceania, New Zealand telah menjadi rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia selepas Australia, manakala perdagangan Malaysia dengan Fiji pada 2022 mencatat pertumbuhan signifikan berjumlah 116.9 peratus kepada RM970.0 juta berbanding tahun sebelumnya.
Matrade berkata, menerusi pejabatnya di Melbourne yang menguruskan negara Oceania seperti New Zealand dan Fiji, agensi ini sentiasa bersedia untuk membantu syarikat Malaysia berhubung dengan bakal rakan kongsi perniagaan dan mengembangkan peluang perniagaan.
Syarikat Malaysia meliputi perusahaan mikro, kecil dan sederhana disaran menghubungi Matrade Melbourne menerusi [email protected] untuk mendapatkan bantuan dari segi akses pasaran dan pengembangan perniagaan di rantau Oceania.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#New Zealand
#Fiji
#rakan dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan