awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matrade sasar teroka pasaran sedang pesat membangun bagi tingkatkan perdagangan negara

Bernama
Bernama
23/03/2025
13:30 MYT
Matrade sasar teroka pasaran sedang pesat membangun bagi tingkatkan perdagangan negara
Reezal Merican berkata dalam keadaan tekanan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, penerokaan dalam pasaran tersebut dilihat amat penting untuk kelangsungan ekonomi negara. - Gambar fail/Bernama
KEPALA BATAS: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuh dan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Malaysia perlu mengambil langkah tersebut berikutan negara-negara seperti Afrika, Mesir, Libya dan Botswana yang bukan rakan dagang tradisional negara tetapi ekonominya semakin berkembang.
"Kira-kira 10 tahun lepas, jumlah penduduk Afrika seramai 800 juta orang dan kini, meningkat hampir kepada 1.4 bilion. Ia boleh menjadi ruang dan peluang untuk syarikat dan negara seperti Malaysia.
"Sasaran Matrade ialah jumlah eksport mencapai lebih RM1.7 trilion pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kasih Ramadan Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 600 orang menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan sempena sambutan Aidilfitri.
Reezal Merican berkata dalam keadaan tekanan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, penerokaan dalam pasaran tersebut dilihat amat penting untuk kelangsungan ekonomi negara.
Katanya selepas Dubai dan China, Malaysia sedang melihat potensi untuk meluaskan perdagangan ke negara-negara tersebut yang diharap dapat memberi pulangan kepada ekonomi negara.
Dalam pada itu, katanya Matrade akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke luar negara buat kali kedua pada tahun ini selepas di Dubai pada tahun lepas.
Beliau berkata MIHAS 2025 akan diadakan di Shanghai, China dalam program 'China International Import Expo' (CIEE) pada November ini dan menyasarkan jualan meningkat berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#MIHAS
#CIEE
#jumlah eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan