Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa supaya Cukai Pelancongan (TTx) yang berkuatkuasa pada 1 September 2017 dimansuhkan.
Cukai itu mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar.
Presidennya Datuk Tan Kok Liang berkata pelancong dialu-alukan untuk menikmati pengalaman bercuti yang menyeronokkan dan bebas berbelanja untuk penginapan, makanan dan minuman, lawatan pelancongan tetapi mengutip cukai daripada pelancong adalah langkah tidak produktif.
"Cukai Pelancongan yang mula dirancang untuk dikuatkuasakan pada Ogos 2017 meliputi rakyat Malaysia tetapi kemudian dikecualikan selepas orang ramai membantah kerana ia diputuskan tanpa rundingan sewajarnya dengan para pemain industri pelancongan.
"MATTA membantah dan melahirkan kebimbangan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengenai cukai kerana ia akan memberi kesan kepada industri pelancongan, terutama pelancong yang berada di negara ini untuk tempoh yang lebih lama," kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau juga berkata sektor pelancongan Malaysia berada di belakang Thailand, Singapura dan Filipina.
"Ketibaan pelancong di negara-negara ASEAN telah mencatatkan pertumbuhan positif pada 2017, dengan peningkatan sebanyak 7.8 peratus untuk Thailand, peningkatan 6.2 peratus untuk Singapura dan peningkatan 11 peratus untuk Filipina. Ketibaan pelancong ke Malaysia bagaimanapun menurun dengan mencatatkan 25.95 juta pelancong berbanding 26.76 juta pada 2016," kata beliau.
Tan seterusnya berkata mengenakan lebih banyak halangan boleh menghalang pelancong daripada memilih Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan.
"Tanpa cukai, pelancong asing gembira datang ke negara inui, tinggal lebih lama dan bebas berbelanja. Di samping itu, jumlah cukai yang boleh dikutip hanya sebahagian kecil daripada apa kerajaan boleh peroleh dari cukai bentuk lain.
"Kami menggesa Kementetrian Kewangan mengkaji semula kadar cukai semasa dan memansuhkannya kerana langkah mengenakan cukai itu telah menjejaskan pengusaha hotel dan pelancongan," kata beliau.
Tan berkata MATTA bersedia mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian berkaitan untuk mengkaji dan memansuhkan cukai tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018
Cukai TTx itu mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar. - Gambar hiasan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.