awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis akan laksanakan perjanjian akses 5G, perkhidmatan disediakan DNB

Bernama
Bernama
14/07/2023
14:56 MYT
Maxis akan laksanakan perjanjian akses 5G, perkhidmatan disediakan DNB
Maxis Broadband akan melaksanakan Perjanjian Akses untuk Maxis mendapatkan akses produk dan perkhidmatan 5G yang disediakan secara borong oleh Digital Nasional Bhd (DNB). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband akan melaksanakan Perjanjian Akses untuk Maxis mendapatkan akses produk dan perkhidmatan 5G yang disediakan secara borong oleh Digital Nasional Bhd (DNB) termasuk produk rangkaian borong 5G nasional.
Maxis dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata demi kepentingan syarikat untuk memeterai Perjanjian Akses selepas kerajaan mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju bahawa pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk padat pada penghujung tahun 2023.
Maxis berkata rasional dan faedah urus niaga yang dicadangkan adalah disebabkan komitmennya untuk merealisasikan cita-cita digital Malaysia dan mempertingkatkan penyelesaian rangkaian tertumpu Maxis.
"DNB kekal sebagai penyedia rangkaian borong neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara pada tarikh sesuai yang boleh dilaksanakan.
"Oleh itu, kemasukan ke dalam Perjanjian Akses dengan DNB akan membolehkan Maxis menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggannya," katanya.
Perjanjian Akses dijangka akan dilaksanakan oleh Maxis Broadband selepas Maxis mendapat kelulusan pemegang sahamnya pada mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan berlangsung pada suku ketiga 2023.
Kumpulan Maxis dijangka menanggung perbelanjaan operasi kira-kira RM360 juta setahun untuk Produk Rangkaian Borong 5G Nasional.
Sebelum ini pada 2 November 2022, Maxis meminta kelulusan pemegang saham untuk cadangan kemasukan ke dalam Perjanjian Akses dengan DNB tetapi menangguhkannya pada 20 Januari 2023 sehingga dasar pelaksanaan rangkaian 5G dimuktamadkan oleh kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maxis Broadband
#Perjanjian Akses
#perkhidmatan 5G
#DNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan